Public Government JAWHAR Staff

PROGRAM MUNAQASYAH ILMU BIL.2/2018

Putrajaya, 29 Oktober 2018Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Program Munaqasyah Ilmu Bil.2/2018 yang merupakan program kolaborasi anjuran JAWHAR, JPM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, CIMB Principal Asset Management Berhad dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dalam memperkasakan bidang teras wakaf khususnya dalam merancakkan kepelbagaian aktiviti wakaf.

 

 

 

 

 

Program yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR juga bertujuan memberi pendedahan, kefahaman dan perkongsian ilmu pihak Jabatan Penjara Malaysia, CIMB Principal Asset Management Berhad dan HALUAN kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan para pegawai Perkhidmatan Awam di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan mengenai program pemulihan penghuni di Jabatan Penjara Malaysia, pelaburan sukuk dan pembiayaan pendidikan, sumber air bersih dan khemah di Kem Pelarian Balukhali, Coxs Bazar, Ukhiya, Bangladesh.

Program ini padat dengan sesi pembentangan kertas kerja.

Pembentangan 1: “Program Pemulihan Penghuni di Jabatan Penjara Malaysia” telah disampaikan oleh Komisioner Penjara YBhg. Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia.

Pembentangan 2:  “Sukuk – Cadangan Pelaburan Berlandaskan Syariah” telah disampaikan oleh Puan Sara’ Anom binti Dato’ Ismail, Pengurus Besar Agensi CWA, CIMB Principal Asset Management Berhad.

Pembentangan 3: “Wakaf Pembiayaan Pendidikan, Sumber Air Bersih dan Khemah di Kem Pelarian Balukhali, Coxs Bazar, Ukhiya, Bangladesh” telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Baharudin bin Suri, Ketua Biro Misi Kemanusiaan, HALUAN.

Program setengah hari ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Encik Hairolanuar bin Mohamad, Pengarah Bahagian Wakaf, JAWHAR kepada para pembentang kertas kerja dan jamuan makan tengah hari.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 17 October, 2019 @ 5:38 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top