Public Government JAWHAR Staff

PROGRAM KACAU BUBUR SYURA PERDANA

Kelantan, 18 Oktober 2017 (Rabu) – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Program Kacau Bubur Syura Perdana. Program yang bersifat santai ini bertujuan mengeratkan ukhuwwah penduduk sekitar jajahan Pasir Puteh di samping mengadakan aktiviti membuat Bubur Asyura yang sememangya sinonim dengan penduduk Negeri Kelantan.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) dan YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR turut turun padang bersama-sama dalam program yang dijalankan. Selain dari menyertai aktiviti mengacau bubur, YB Timbalan Menteri dan YBrs Ketua Pengarah turut singgah di beberapa rumah penduduk melihat sendiri keadaan setempat dan menyantuni penduduk. YB Senator turut menyempurnakan flag-off kepada kumpulan berbasikal yang disertai lebih dari 100 buah basikal. Kumpulan ini menyertai aktiviti kacau bubur syura dan jelajah ke beberapa hentian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aktiviti mengacau bubur asyura melibatkan 48 tempat yang menjadikan jumlah kawah bubur dibuat pada hari tersebut sebanyak 91 kawah. JAWHAR menyumbang 10 kawah pada hari tersebut. Proses memasak bubur mengambil masa sekitar 9 jam untuk dimasak. Bubur yang dimasak pada hari tersebut kemudiannya diagih-agihkan kepada penduduk sekitar. Menurut beberapa orang penduduk yang turut serta dalam program ini, mereka menghargai program sebegini kerana membawa kepada penyatuan masyarakat.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.30 Subuh 05.40 Syuruk 06.56 Zohor 12.58 Asar 16.18 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 12 November, 2019 @ 8:22 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top