Public Government JAWHAR Staff

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ZAKAT BERSAMA MAIN DAN AMZ BIL.1 TAHUN 2019

Putrajaya, 19 Februari 2019 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bil.1 Tahun 2019 bertempat di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus, JAWHAR bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Mesyuarat ini adalah mesyuarat berkala yang dilaksanakan oleh JAWHAR 3 kali setahun bagi menyelaras dan melaksanakan kerjasama dalam program-program zakat bersama MAIN dan AMZ.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said Ketua Pengarah JAWHAR dengan dihadiri oleh wakil dari MAIN dan AMZ seluruh negara termasuk daripada Sabah. Turut hadir dalam dalam mesyuarat ini ialah pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Baitulmal JAWHAR.

YBrs. Tuan Pengerusi dalam ucapan awalnya  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman mantan Ketua Pengarah JAWHAR yang telah berkhidmat selama 4 tahun di JAWHAR dan kini telah bertukar ke Kementerian Pembangunan Usahawan  mulai 25 Januari 2019.

YBrs. Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua pegawai MAIN dan AMZ.  Beliau juga turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua MAIN dan AMZ atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan kepada JAWHAR dalam melaksanakan pelbagai program zakat sepanjang tahun 2018 yang antaranya ialah Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2018 pada 27 November 2018 di The Everly Putrajaya, Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2018, Anugerah Zakat Kebangsaan 2018 serta pelbagai mesyuarat dan bengkel yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan pelaksanaan program-program zakat melalui kerjasama antara JAWHAR, MAIN dan AMZ bagi tahun 2019. Antara perbincangan utama ialah penganjuran Konvoi Kembara Zakat (KKZ) 2019 yang akan diadakan pada 23-25 April 2019 di negeri Terengganu Darul Iman. Pengarah Bahagian Baitulmal En. Ruzman bin Ramli turut membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk Cadangan Pembangunan Sistem Pangkalan Data Asnaf.  Selain itu, mesyuarat juga turut membincangkan beberapa isu semasa berkaitan pengurusan zakat di Malaysia antaranya Penyelarasan Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negara, Statistik Kutipan dan Agihan Zakat Seluruh Malaysia, Tabung Zakat Peringkat Kebangsaan, Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain.

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah menjadi medan perkongsian pandangan serta pengalaman sesama wakil semua agensi yang terlibat di samping menjana idea-idea baru dalam usaha memartabatkan pengurusan zakat di Malaysia. Melalui mesyuarat seperti ini, diharapkan agar jalinan kerjasama dan hubungan silatulrahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan AMZ bertambah erat dan seterusnya dapat memacu pembangunan institusi Baitulmal khususnya zakat ke arah yang lebih mantap demi kemaslahatan ummah, insya-Allah.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 17 October, 2019 @ 5:38 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top