Public Government JAWHAR Staff

MESYUARAT PENGUKUHAN SUMBER AM BIL.1/2017

Pulau Pinang, 23 Ogos 2017 (Rabu) – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am Bil.1/2017 bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bertempat di Bilik Kepala Batas, TH Hotel, Pulau Pinang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Baitulmal, Puan Asrul Shuhada Bt Mohd Salleh telah dihadiri oleh seramai 25 orang ahli yang terdiri daripada wakil MAIN dan pegawai-pegawai Bahagian Baitulmal. Mesyuarat yang diadakan bersekali dengan Persidangan Serantau Fiqh Harta dan Msyarakat Wasatiy (FIHAM) ini bertujuan untuk membincangkan gerak kerja penyelarasan pengurusan Sumber Am Baitulmal bersama pihak MAIN seluruh Malaysia. Antara agenda utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah:
– Cadangan Pelaksanaan Resolusi Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2015;
– Pembentangan Data e-Khairat; dan
– Pembentangan Harta Sumber Am

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain itu, Sesi Perkongsian Ilmu oleh Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD), Jabatan Akauntan Negara Pulau Pinang turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada ahli mesyuarat mengenai pengurusan Wang Tak Dituntut yang dilaksanakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Semoga dengan perkongsian ilmu dan maklum balas sesi soal jawab yang diberikan oleh JANM dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai isu pengurusan WTD milik orang Islam oleh MAIN. Mesyuarat yang bermula pada jam 4.45petang berakhir pada jam 6.30petang.

 

 

 

 

 

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.30 Subuh 05.40 Syuruk 06.56 Zohor 12.58 Asar 16.18 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 12 November, 2019 @ 8:22 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top