Public Government JAWHAR Staff

MESYUARAT ISU-ISU ZAKAT BAHAGIAN BAITULMAL BERSAMA LHDN

Putrajaya, 22 Oktober 2018 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Isu-Isu Zakat Bersama LHDN pada 22 Oktober 2018 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Jannatul Maawa JAWHAR.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman Ketua Pengarah JAWHAR telah dihadiri oleh seramai 5 orang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang diketuai oleh En. Mohd Rushidi bin Md Akir. Manakala di pihak JAWHAR mesyuarat ini dihadiri juga oleh Tuan Haji Jaafar bin Ismail Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR dan pegawai-pegawai Bahagian Baitulmal. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian beberapa isu berkaitan zakat dan cukai, dan kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh LHDN bersama JAWHAR dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Semoga perbincangan yang diadakan ini dapat meningkatkan jalinan kerjasama dan hubungan silaturahim antara pihak JAWHAR, LHDN dan MAIN bagi memperkasakan lagi pengurusan zakat di Malaysia demi kemaslahatan ummah, Insya-Allah.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 12 November, 2019 @ 8:22 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top