Public Government JAWHAR Staff

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN KERJA-KERJA TERBENGKALAI PEMBINAAN PANGSAPURI KOS SEDERHANA RENDAH, BUTTERWORTH, PULAU PINANG

5 Februari 2020 | Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menyiapkan Kerja-kerja Terbengkalai Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Rendah, Butterworth, Pulau Pinang telah diadakan dengan jayanya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang bertempat di Dewan Serbaguna, Pangsapuri Kos Sederhana Rendah, Butterworth, Pulau Pinang.

Pangsapuri ini akan dinamakan sebagai Pangsapuri Wakaf An-Nur, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang secara rasminya oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP).

Majlis penyerahan ini dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), YBrs. Ir. Roslan bin Ismail, Pengarah JKR Pulau Pinang, YBrs. Dr. Roslan bin Ahmad, Timbalan Yang DiPertua MAINPP, YBrs. Puan Narima Hanim binti Zainal Abidin, Pengurus Program Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA) 1, JKR Ibu Pejabat, YBrs. Tuan Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha MAINPP, YBrs. Encik Suhaimi bin Sapie, Jabatan ICU Pulau Pinang, YBrs. Ir. Shafizan bin Md. Nor, Jurutera Daerah Seberang Perai Utara, YBrs. Ir. Manimaran A/L Raman, Jurutera Awam Penguasa  Bangunan JKR Pulau Pinang dan YBrs. Tuan Haji Hamdan bin Mohamed, Kontraktor Utama daripada Hajadi Sdn. Bhd.

Program penyerahan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada Bahagian Wakaf, JAWHAR, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), JKR Ibu Pejabat, JKR Pulau Pinang, dan MAINPP.

Pangsapuri yang tersergam indah di kawasan Teluk Air Tawar ini terdiri daripada dua (2) blok bangunan (12 dan 8 tingkat) yang mengandungi 152 unit kediaman dengan keluasan 1,067 kaki persegi serta dilengkapi juga dengan sebuah dewan serbaguna, sebuah tadika, tiga (3) buah unit kedai, dua (2) pejabat pengurusan, taman permainan dan kawasan parkir kereta dan motorsikal bagi memastikan suasana yang selesa dan kondusif kepada penghuni pangsapuri ini.

Pembinaan pangsapuri ini bertepatan dengan usaha Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutamanya golongan Asnaf dan Kumpulan B40 khususnya di kawasan luar bandar terpelihara. Ia juga bakal memberi harapan baru kepada 32 keluarga Asnaf Pulau Pinang dan bakinya 120 unit pembeli baru Bumiputera Pulau Pinang untuk memiliki rumah bertepatan dengan konsep ‘1 Keluarga 1 Rumah Mampu Milik (RMM)’ selaras dengan hasrat Kerajaan dalam penyediaan 1,000,000 unit RMM oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

 

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 6.05 Subuh 6.15 Syuruk 07.22 Zohor 13.27 Asar 16.41 Maghrib 19.28 Isyak 20.37
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 9 April, 2020 @ 5:59 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top