Public Government JAWHAR Staff

Majlis Penyerahan MusaadahCovid19

Selangor, 23 April 2020 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah, JAWHAR merangkap Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia telah menghadiri Majlis Penyerahan MusaadahCovid19 dengan kerjasama JAWHAR, YWM, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia bertempat di Surau Taman Jasmin, Kajang, Selangor. Majlis simbolik penyerahan disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selaku Pengerusi YWM kepada YBhg. Dato’ Wira Amat Rubaiee bin Salamon, Pengerusi Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Taman Jasmin.

Bantuan barangan keperluan harian bernilai RM5,350.00 sumbangan YWM melalui Dana Tabung Wakaf Bencana Covid19 dan hasil pertanian (nenas, keledek dan ubi kayu) sumbangan DPIM akan memberi manfaat kepada 107 penduduk sekitar Taman Jasmin dan Kajang Prima yang terjejas susulan perintah kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid19. Selain itu, Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Taman Jasmin juga berbesar hati menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000.00 kepada Tabung Wakaf Bencana Covid19 YWM.

       

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 5.43 Subuh 5.53 Syuruk 07.11 Zohor 13.22 Asar 16.41 Maghrib 19.29 Isyak 20.41
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 12 August, 2020 @ 11:14 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top