Public Government JAWHAR Staff

MAJLIS PENYERAHAN #MUSAADAHCOVID19 KEPADA MANGSA TERJEJAS SUSULAN #PERINTAHKAWALANPERGERAKAN AKIBAT PENULARAN WABAK #COVID19 DI NEGERI MELAKA

 

Ayer Keroh, 2 April 2020 | YBrs. Tuan Suhaimi bin Saudi, Timbalan Ketua Pengarah #JAWHAR_JPM telah menghadiri Majlis Penyerahan #MusaadahCovid19 kepada mangsa terjejas susulan #PerintahKawalanPergerakan akibat penularan wabak #Covid19 di Negeri Melaka bertempat di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka dan Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Bantuan berjumlah RM50,000.00 dari JAWHAR dan rakan strategik, Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Taqwa disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada YAB Datuk Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka dan YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Aziz, Setiausaha MAIM. Di majlis tersebut, YB Menteri turut menyampaikan visi beliau untuk memperkasakan pentadbiran Islam di peringkat Persekutuan dan Negeri sehingga ke tahap yang tertinggi. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, SS Mufti Negeri Melaka, YAA Hakim Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka dan Pengurus Baitulmal MAIM.

#MyMenteriAgama 

 

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 5.43 Subuh 5.53 Syuruk 07.11 Zohor 13.22 Asar 16.41 Maghrib 19.29 Isyak 20.41
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 12 August, 2020 @ 11:14 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top