Public Government JAWHAR Staff

LAWATAN KERJA YBHG. DATUK KETUA PENGARAH JAKIM KE JAWHAR

PUTRAJAYA, 8 FEBRUARI 2019 (JUMAAT) – YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM telah mengadakan lawatan kerja ke JAWHAR. Turut mengiringi beliau ialah  YBhg. Dato’ Haji Paimuzi Bin Yahya (Timbalan Ketua Pengarah Operasi, JAKIM), YBrs. Puan Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff (Timbalan Ketua Pengarah Dasar, JAKIM) dan YBrs. Puan Nor Akmar Binti Abd. Karim ( Pengarah, Bhg. Sumber Manusia, JAKIM).

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan Bin Said (Ketua Pengarah JAWHAR), YBrs. Tuan Haji Jaafar Bin Ismail (Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR) dan Pengarah-Pengarah Bahagian JAWHAR.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM. Terlebih dahulu beliau mengucapkan tahniah atas pelantikan Tuan Haji Ruslan Bin Said atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah JAWHAR yang baharu berkuatkuasa 8 Februari 2019. Antara intipati ucapan beliau ialah beliau berharap untuk melihat peranan JAWHAR dalam kerangka yang lebih besar di bawah kerangka JAKIM dan mengibaratkan JAWHAR seperti  tulang sulbi bagi JAKIM. Sebagai sebuah jabatan di peringkat Persekutuan, JAWHAR berfungsi sebagai penyelaras kepada Majlis Agama Islam Negeri dan menjadi benchmark kepada negeri-negeri serta memberi perhatian kepada no more silo work.

   

Majlis disusuli dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan Bin Said (Ketua Pengarah JAWHAR) dan sesi taklimat ringkas berkaitan fungsi dan peranan JAWHAR oleh YBrs. Tuan Haji Jaafar Bin Ismail (Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR). Antara perkara yang disentuh di dalam sesi taklimat ini ialah berkaitan status projek-projek wakaf yang dikendalikan oleh JAWHAR dan MAIN seperti di Taiping dan Butterworth. Di dalam taklimat ini, JAWHAR diminta untuk melihat semula sistem yang sedia ada untuk diintegrasikan dengan agensi kerajaan yang lain untuk mengelakkan pertindanan seperti contoh dari aspek pemberian bantuan kepada golongan susah dan sebagainya. Sesi lawatan kerja ini diteruskan dengan sesi perbincangan bersama pegawai-pegawai JAWHAR.

Perbincangan yang penuh harmoni ini diteruskan dengan penyampaian cendera kenangan dan sesi bergambar antara kedua-dua belah pihak.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 17 October, 2019 @ 5:38 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top