LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JAWHAR KEPADA KEMENTERIAN UNDANG-UNDANG DAN HAL EHWAL ANAK NEGERI, SABAH
KOTA KINABALU, 27 Mac 2019 – Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), YBrs. Tuan Haji Roslan bin Said telah mengadakan Kunjungan Hormat dan lawatan kerja ke Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Sabah bertempat di Pejabat Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu dengan diiringi oleh Cik Zarina binti Ibrahim Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Wakaf, JAWHAR serta para pegawai JAWHAR iaitu:
- Puan Maya Fahida binti Mohd Esa
- Haji Salleh bin Hassan
Kunjungan hormat dan lawatan kerja ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama di antara JAWHAR dan Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Sabah melalui perkongsian pengalaman dalam melaksanakan program-program pembangunan dan pengurusan wakaf di Sabah. Kunjung hormat dan lawatan kerja ini juga turut dihadiri:
- Encik Azmi bin Awang Talib
Setiausaha Sulit
Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah
- Ustaz Haji Saiful Zaman bin Sangul
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah