LAWATAN KERJA JAWHAR KE MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
MELAKA, 2 April 2019 – Bahagian Baitulmal Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berada di Pusat Islam Melaka Bukit Palah. Lawatan kerja ini disertai oleh 6 orang pegawai JAWHAR iaitu En. Ruzman bin Ramli, Pn. Hasanah binti Badrul, Pn. Masrie Yanty binti Ahmad, Pn. Hafizah binti Abdul Shukor, En. Saiful Haadiy bin Abd Hamid dan Pn. Nurain binti Mhd Sharif. Lawatan kerja ini juga disertai oleh 4 orang pegawai daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Antara tujuan lawatan lawatan kerja tersebut ialah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara JAWHAR dengan MAIM dan juga untuk mengemukakan cadangan kerjasama bersepadu antara MAIN dan ICU JPM berkaitan integrasi sistem zakat negeri-negeri dengan sistem eKasih. Sistem eKasih ialah suatu sistem yang telah dibangunkan oleh ICU pada tahun 2008. Sistem ini merupakan satu pangkalan data nasional.
Kehadiran JAWHAR telah dialu-alukan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Sharif bin Somathullah, Pengurus Baitulmal MAIM. Antara agenda lawatan kerja tersebut ialah ucapan pengerusi MAIM, ucapan balas ketua delegasi JAWHAR, taklimat ringkas e-Kasih dan taklimat sistem zakat MAIM, sesi soal jawab serta penyampaian cenderahati.
Semoga lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara JAWHAR dengan MAIM dan merintis langkah awal bagi merealisasikan cadangan kerjasama integrasi pangkalan data bersepadu antara negeri-negeri dengan kerajaan persekutuan.