Public Government JAWHAR Staff

LAWATAN KERJA JAWHAR BERSAMA ICU JPM KE MAJLIS AGAMA ISLAM PERLI

 
PERLIS, 26 Februari 2020 | Bahagian Baitulmal Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)  telah mengadakan Lawatan Kerja ke Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs). Mesyuarat Lawatan Kerja ini telah diadakan di Dewan Kuliah MAIPs yang berada di Kampung Pengkalan Asam, Kangar Perlis. Lawatan kerja ini diketuai oleh Tuan Haji Ruslan bin Said Ketua Pengarah JAWHAR bersama 7 orang pegawai iaitu Encik Ruzman bin Ramli Pengarah Bahagian Baitulmal JAWHAR, Puan Nur Shakinah binti Mohd Yusop, Puan Hafizah binti Abdul Shukor, Encik Saiful Haadiy bin Abd Hamid, Puan Nurain binti Mhd Sharif, Puan Ili Raidah binti Mahat dan Encik Ammar bin Aziz. Lawatan kerja ini juga disertai oleh 5 orang pegawai daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Antara tujuan lawatan lawatan kerja tersebut ialah bagi mengeratkan hubungan silatulrahim antara JAWHAR dengan MAIPs dan juga untuk mengemukakan cadangan kerjasama bersepadu antara MAIN dan ICU JPM berkaitan integrasi sistem zakat negeri-negeri dengan sistem eKasih. Sistem eKasih ialah suatu sistem yang telah dibangunkan oleh ICU pada tahun 2008. Sistem ini merupakan satu pangkalan data nasional.

Kehadiran JAWHAR dan ICU telah dialu-alukan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs. Antara agenda lawatan kerja tersebut ialah ucapan pengerusi MAIPs, ucapan balas ketua delegasi JAWHAR, perbincangan mengenai sistem e-Kasih, sistem zakat MAIPs dan akhir sekali penyampaian cenderahati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semoga lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara JAWHAR dengan MAIPs dan merintis langkah awal bagi merealisasikan cadangan kerjasama integrasi pangkalan data bersepadu antara negeri-negeri  dengan kerajaan persekutuan.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 24 May, 2020 @ 5:37 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top