Public Government JAWHAR Staff

LAWATAN KERJA BAHAGIAN WAKAF, JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI KE LADANG SAWIT DAN HYPER MARKET DI BAWAH PENGURUSAN MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Bahagian Wakaf, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)  telah mengadakan satu Lawatan Kerja ke  Ladang Sawit dan Hyper- Market milik Majlis Ugama Islam  Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada 27 – 28 Ogos 2019. Lawatan ini diketuai oleh Cik Zarina binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Wakaf bersama 3 orang pegawai daripada Bahagian Wakaf, JAWHAR iaitu Ustazah Suhailah binti Ishak, Ustaz Ahmad Hafiz bin Abd. Kadir dan Haji Salleh bin Hassan.

 

Lawatan ini telah disambut oleh En. Izhar bin Ahmad, Pegawai Ekonomi Kanan, Unit Wakaf MUIP serta pegawai-pegawai MUIP.

Objektif lawatan ini adalah untuk melihat serta mendapatkan maklumat berkenaan  projek ladang sawit dan Hyper-Market yang diusahakan oleh pihak MUIP untuk dijadikan model kepada Majlis Agama Islam Negeri yang lain.

 Ladang yang dilawati adalah  Ladang Kelapa Sawit Chini yang terletak 32 km daripada Sungai Pahang yang telah mula operasi pada 2014. Ladang Kelapa Sawit seluas  1600 ekar ini diusahakan oleh anak syarikat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang iaitu MUIP Plantation Sdn. Bhd.

MUIP juga mempunyai beberapa rangkaian pasaraya dan juga Hyper-Market menggunakan nama Pasaraya Darul Makmur (PDM) yang diuruskan oleh anak syarikat di bawah MUIP. Salah satu pasaraya  yang sempat dilawati  adalah di Bukit Setongkol, Kuantan Pahang.

Selain daripada daripada ladang sawit dan pasaraya, MUIP juga menjalankan perniagaan perhotelan, projek ladang getah, pajak gadai islam, perniagaan café serta bistro, chalet, perniagaan stesen minyak, klinik, hospital dan pusat dialisis. Pihak MUIP juga menyediakan asrama pelajar, tadika pintar Al-Quran dan asrama untuk wanita.

 

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.33 Subuh 05.43 Syuruk 07.02 Zohor 13.04 Asar 16.27 Maghrib 19.02 Isyak 20.16
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 10 December, 2019 @ 1:43 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top