Public Government JAWHAR Staff

KUNJUNG HORMAT DAN PERBINCANGAN ANTARA JAWHAR DAN JABATAN KENEGARAAN & KETAMADUNAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM), SERDANG, SELANGOR

PUTRAJAYA, 16 APRIL 2019 (SELASA) – YBrs. Tuan Haji Ruslan Bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pensyarah dan pelajar, Jabatan Kenegaraan & Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor yang diketuai oleh YBrs. Dr. Zaid Bin Ahmad. Turut hadir bersama beliau ialah 3 orang pensyarah dan 2 orang pelajar.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs.Tuan Haji Ruslan Bin Said dan disusuli dengan ucapan balas daripada YBrs. Dr. Zaid Bin Ahmad selaku Ketua delegasi. Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk bertukar pandangan dan maklumat berkaitan dengan perkembangan dan penyelidikan semasa berkaitan wakaf. Wakaf merupakan satu instrumen yang berpotensi untuk memacu pembangunan sosioekonomi ummah. Menyedari hakikat itu, Jabatan Kenegaraan & Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan banyak kajian berkaitan wakaf dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama JAWHAR dan bersedia untuk menyumbang kepakaran mereka terutamanya dalam penyelidikan ke arah mewujudkan satu ekosistem dan urus tadbir wakaf yang mantap di masa hadapan.

Diharapkan pertemuan dan perbincangan ini akan dapat menghasilkan satu anjakan paradigma dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi urus tadbir wakaf dengan pemahaman dan pembudayaan yang holistik khususnya di kalangan umat Islam demi memacu kemajuan dan pembangunan sosioekonomi ummah menerusi instrumen wakaf.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cendera kenangan dan sesi bergambar antara kedua-dua belah pihak.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 17 October, 2019 @ 5:38 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top