Public Government JAWHAR Staff

KOMUNAL 1.0: WADAH DIBERDAYAKAN, MUAMALAH DIBUDAYAKAN DAN EKONOMI UMMAH DIBUDI-DAYAKAN

Tanggal 6-7 Mei 2017, bertempat di MATRADE Kuala Lumpur, JAWHAR telah melakarkan satu sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menganjurkan Konvensyen Mualamah Nasional (KOMUNAL1.0) yang dirasmikan serentak dengan Majlis Konvokesyen ke 11, Institut Profesional Baitulmal (IPB), sebuah institut pengajian tinggi awam milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), oleh YB Menteri di JPM, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom.

Ucaptama Ketua Pengarah JAWHAR

Acara tahunan pertama kali ini, dianjurkan bersama JAWHAR, IPB-MAIWP dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), bersempena dengan Sambutan Jubli Perak IPB-MAIWP. Di samping itu, penganjuran KOMUNAL1.0 turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

KOMUNAL1.0 turut menganjurkan “Kolokium Wakaf, Zakat&Haji Dalam Dimensi Muamalat” yang terbuka untuk semua yang hadir ke Konvokesyen IPB dan KOMUNAL1.0. Pada kolokium ini 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh para penceramah jemputan daripada pelbagai agensi agama di bawah naungan YB Menteri di JPM dan universiti awam.

Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Ahmad Musadad bin Hj.Sulaiman, ketika menyampaikan Ucaptama Kolokium, mengharapkan menerusi kolokium tersebut, para penganjur, pembentang dan peserta dapat melakukan muhasabah dan penilaian terhadap sistem muamalat dalam Wakaf, Zakat dan Haji, tiga institusi tonggak yang sangat signifikan kepada kemajuan Umat Islam. Natijah daripadanya juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat dalam membangunkan ekonomi Ummah sejagat.

“KOMUNAL” yang merupakan abreviasi daripada “KONVESYEN MUAMALAH NASIONAL”, berasal daripada perkataan Inggeris, “COMMUNAL” yang bermaksud, “perasaan atau sentimen bersama berdasarkan ikatan warisan kekeluargaan dan kemasyarakatan serta kepercayaan dan keyakinan kepada satu falsafah hidup”.

Justeru, KOMUNAL1.0 lahir atas kesedaran bahawa satu usaha yang bersepadu di antara para cendekiawan dan profesional institusi-institusi muamalah: pengurusan, ekonomi dan kewangan Islam peringkat nasional, perlu digembleng bagi mencapai satu persefahaman dan persamaan wadah (platform) yang konstruktif lagi progresif bagi melonjakkan kemajuan Umat Islam.

 

Secara langsung dan tidak langsung, ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama antara mereka dan masyarakat terbanyak.

Di samping kolokium, KOMUNAL1.0 turut menyediakan wadah mini karnival atau bazar untuk para usahawan menjual barangan dan perkhidmatan kepada para pengunjungnya. Dalam hal ini, sebanyak 12 buah agensi dan institusi ternama daripada pelbagai latar belakang perniagaan dan perkhidmatan telah membuka kaunter booth sepanjang KOMUNAL1.0 ini berlangsung.

Menerusi aktiviti dan program yang telah dirancang dan diatur seperti mini karnival bazar (pasar atau mini mall) yang disertai oleh usahawan dan usahawati yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan.

Semoga menerusi inisiatif KOMUNAL1.0 yang kolektif ini, berpotensi untuk memberikan manfaat tijaari (business) dan manfaat ijtimai’ (society) kepada Ummah. Di samping itu, dapat menggembleng model kerjasama glokal (global and local communal) untuk menggalakkan manfaat tersebut pada peringkat yang lebih tinggi, serta berupaya meningkatkan prospek Ekonomi dan Kewangan Islam untuk menyumbang ke arah memperoleh kestabilan ekonomi global dan perkongsian kemakmuran ekonomi dalam skala yang lebih besar.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 21 November, 2019 @ 9:13 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top