KERJASAMA STRATEGIK JAWHAR & KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPS) : KOLOKIUM PENGHAYATAN MUAMALAT ZON UTARA
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS) telah menganjurkan Kolokium Penghayatan Muamalat Zon Utara pada 11 Mei 2017 bertempat di Dewan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Perlis, Kangar, Perlis.

Antara Urusetia Kolokium Penghayatan Muamalat Zon Utara
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS) dan telah disertai oleh lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada Imam, bilal, Pelajar-pelajar KUIPs dan Penjawat Awam sekitar Negeri Kedah dan Perlis.

Perasmian oleh YBhg. Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS)
Seminar pada kali ini diadakan dalam bentuk ceramah dengan menampilkan 2 orang penceramah yang terdiri daripada YBrs. Encik Mohd Faizal bin Ab. Hamid, Pengarah, Bahagian Penyelidikan Dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR). dan YBrs. Ustaz Ismail Hassan Batu Bara, Pensyarah KUIPS.

Di antara penceramah-penceramah Kolokium Penghayatan Muamalat
Tema kali ini membincangkan topik Penipuan Pakej Umrah dan Konsep Faraid : Fahami Pembahagian atau Berkelahi Berpanjangan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang permasalahan berkaitan pembahagian harta dan muamalat umrah.
Program yang berlangsung selama setengah hari ini mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sesi penyampaian cenderahati oleh YBhg. Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS).