Public Government JAWHAR Staff

(Bahasa Melayu) KERJASAMA STRATEGIK JAWHAR & INTAN KAMPUS WILAYAH SELATAN (IKWAS) : SEMINAR MAQASID SYARIAH

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) telah menganjurkan Seminar Maqasid Syariah pada 29 Mac 2017 bertempat di Dewan Jemerlang, INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang, Johor yang bertemakan “Maqasid Syariah Dalam Konteks Wakaf, Zakat dan Haji”

 

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dan telah disertai oleh lebih 400 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam sekitar Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

 

 

 

 

 

 

 

Seminar pada kali ini diadakan dalam bentuk ceramah dengan menampilkan 2 orang penceramah yang terdiri daripada YBrs. Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan YBrs. Tuan Haji Khairul Anuar Bin Khalid, Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan Dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR).

Tema kali ini membincangkan topik Maqasid Syariah yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang Maqasid Syariah dalam Konteks Wakaf, Zakat dan Haji.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Pengarah INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS).

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 11 November, 2019 @ 8:43 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top