Public Government JAWHAR Staff

JID MASJID SULTAN AHMAD SHAH AL-HAJ, PEKAN, PAHANG

PEKAN, 22 November 2018 – JAWHAR dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan telah mengadakan JAWHAR Intellectual Discourse bertempat di Masjid Sultan Ahmad Shah al-Haj. Seiring dengan gagasan yang dibawa oleh YB Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) di Jabatan Perdana Menteri, program ini menyebar luas kefahaman mengenai maqasid syariah yang difokuskan kepada wakaf, zakat dan haji. Tema tetap yang dipilih bagi program JID ialah “Maqasid Syariah Dalam Dimensi Haji Dan Umrah”.

“Persediaan Mental Dan Fizikal Dalam Haji Dan Umrah” menjadi tajuk pertama yang dibentangkan pada JID kali ini. Tajuk ini dibentangkan Sohibul Fadhilah Ustaz Mohd Shaikhudin bin Aminudin yang menekankan perihal persediaan jemaah sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah atau haji di Tanah Haram. Persediaan ini perlu memandangkan perubahan cuaca dan keadaan tempat berbanding di Malaysia. Berdasarkan pengalaman beliau sebagai pembimbing ibadah haji dan umrah, persediaan akan membantu jemaah untuk menunaikan umrah dengan lebih baik dan lancar. Rukun umrah seperti tawaf dan saie sangat memerlukan tenaga dan ketahanan mental dan fizikal seseorang dalam menunaikan ibadah tersebut.

En. Mohd Nazri bin Tamyiz selaku penceramah jemputan dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyampaikan ceramah mengenai penipuan pakej umrah. Beliau menekankan walaupun begitu banyak taklimat dan kempen mengenai penipuan umrah dibuat, masih lagi terdapat pihak yang ditipu. Beliau juga berkongsi tips dan ciri-ciri pakej yang boleh menyebabkan seseorang itu tertipu dan statistik terkini kes penipuan.

JAWHAR berharap melalui program seperti ini, kesedaran masyarakat mengenai ibadah umrah meningkat dan kes-kes penipuan dapat dikurangkan.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 17 October, 2019 @ 5:38 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top