Public Government JAWHAR Staff

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE ON MAQASID SYARIAH USIM (JID) BIL. 3/2018

Nilai, 30 Oktober 2018 – Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan Kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse On Maqasid Shariah bertempat di Dewan Kuliah Pusat 4 (FSU) USIM yang bertemakan “Dakwah Kepada Transgender Menurut Maqasid Zakat”.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Roshada Hashim, Timbalan Naib Canselor  (Penyelidikan dan Inovasi) USIM dan telah disertai oleh lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa USIM, pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri dan agensi kerajaan.

Program JID dimulakan dengan pembentangan kertas kerja utama yang bertajuk Dakwah Kepada Transgender Menurut Maqasid Zakat oleh Ustaz Abd Halem Hapiz Salihin, Ketua Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor  dan di susuli dengan forum yang menampilkan 2 orang ahli panel yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Azman Ab Rahman, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM dan Ustaz Muhammad Zulhusni Abdul Rashid, Penolong Pengurus, Bahagian Pemulihan Ar-Riqab, Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS). Manakala moderator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan forum ini adalah Dr. Nur Muhammad Hadi Zahalan, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM.

Tema kali ini membincangkan topik “Dakwah Kepada Transgender Menurut Maqasid Zakat” yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat Islam tentang konsep dan kaedah pengurusan zakat Ar-Riqab kepada Transgender yang telah insaf dan kembali kepad kepada ajaran Islam sepenuhnya. Ia juga bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas tentang kepentingan perancangan dan pengurusan zakat Ar-Riqab oleh MAIS kepada Transgender.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.

 

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 17 October, 2019 @ 5:38 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top