Public Government JAWHAR Staff

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE (JID) ZON MALAYSIA TIMUR -SEMPORNA SABAH BIL 3/2017

Semporna, pada 26 Julai 2017 (Rabu) buat julung kalinya JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Zon Malaysia Timur Bil 3/2017 tahun ini dianjurkan di luar semenanjung Malaysia dengan memilih Semporna, Sabah sebagai destinasi program.

     

JID pada kali ini juga merupakan cabaran terbesar yang terpaksa dialami apabila JID pada kali ini terpaksa di teruskan tanpa bekalan elektrik akibat daripada terputusnya bekalan tersebut di seluruh daerah Semporna malam tadi disebabkan ribut dan angin kencang yang telah melanda daerah ini.

JID pada kali ini juga dijayakan dengan kerjasama dan dukungan kolaborasi dari pelbagai pihak sebagai rakan strategic program JAWHAR termasuk Wakil pejabat-pejabat Agama, pegawai dan kakitangan agensi kerajaan, qariah masjid daerah Semporna, wakil Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) para ibu bapa, guru-guru dan para pelajar Sekolah Menengah Agama (SMKA) Tun Sakaran, Semporna, Sabah yang menyaksikan kehadiran melebihi 300 orang dari jangkaan jemputan yang disasarkan.

Selain dari menjadi medan halaqah ilmu, JID kali ini turut menyaksikan kunjungan warga JAWHAR ke perkampungan Bajau Laut di Pulau Mabul, Semporna serta perbincangan dengan Pihak NGO HALUAN Malaysia cawangan Sabah untuk menyantuni masyarakat setempat serta meninjau ruang dan peluang kerjasama pembangunan sosio ekonomi ummah melalui instrumen wakaf dan zakat merentasi Kerjasama Persekutuan-Negeri.

 

 

 

 

 

 

 

 

JID kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh JAWHAR dimana teks ucapan Ketua Pengarah, YBrs Tuan Ahmad Musadad bin Hj Sulaiman telah dibacakan oleh YBrs En Mohd Faizal bin Ab Hamid, Pengarah BPKA, JAWHAR dengan tema Maqasid Syariah Dalam Dimensi Haji dan Umrah. Ianya memberi penerangan tentang ibadat haji dan umrah serta memberi pendedahan agar umat Islam dapat menghindarkan diri daripada terus menjadi mangsa penipuan umrah.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 21 November, 2019 @ 9:13 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top