Public Government JAWHAR Staff

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE (JID) BIL. 4/2018 “PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN”

Perlis, 15 November 2018 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan Kerjasama Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Perlis telah menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 4/2018 bertempat di Auditorium Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Perlis yang bertemakan “Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan”.

  

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah disertai oleh para peserta seramai 300 orang yang terdiri daripada pegawai Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), pengurus wakaf Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta pengetua institusi pondok, tahfiz dan sekolah agama di bawah seliaan kerajaan.

    

Program JID pada kali ini diadakan dalam bentuk ceramah dengan menampilkan 2 orang penceramah yang terdiri daripada YBrs. Dr. Haji Razali bin Othman, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia dan YBrs. Encik Nuruliman bin Ibrahim, Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia.

Tema kali ini membincangkan topik Tadbir Urus dan Pemasaran Wakaf serta Pembangunan Mawquf dan Pengurusan Manfaat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat Islam tentang ibadah berwakaf serta menyebar luas kesedaran dan kefahaman tadbir urus terbaik wakaf di kalangan pegawai pengurusan wakaf institusi pendidikan agar lebih efisyen, produktif dan telus.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sesi penyampaian cenderahati.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 17 October, 2019 @ 5:38 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top