JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE (JID) BIL. 1/2019 “MAQASID SYARIAH DALAM DIMENSI UMRAH”
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 1/2019 pada 14 Februari 2019 bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebeng, Kuantan, Pahang yang bertemakan “Maqasid Syariah Dalam Dimensi Umrah”.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili Bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan telah disertai oleh lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) seluruh Malaysia.
Program JID pada kali ini diadakan dalam bentuk ceramah dengan menampilkan 2 orang penceramah yang terdiri daripada YBrs. Ustaz Asri bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Unit Kaunseling dan Tatatertib Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan YBrs. Kapten Ustaz Nik Kamaruddin bin Yunoh, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Tema kali ini membincangkan topik Penipuan Pakej Umrah dan Bimbingan Umrah yang bertujuan untuk memberi kefahaman masyarakat Islam tentang ibadat Umrah dan meningkatkan kesedaran agar tidak terpedaya dengan penipuan pakej umrah yang semakin meruncing sekarang ini. Ia juga bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas tentang menangani dan membasmi penyelewengan syarikat yang menguruskan pakej umrah.
Program yang berlangsung selama setengah hari ini mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Ketua Pengarah kepada penceramah jemputan.