Public Government JAWHAR Staff

CERAMAH PENERAPAN NILAI ISLAM : CERAMAH RAMADAN 3

Pada 1 Jun 2018, Unit Integriti dan Komunikasi Korporat JabatanWakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan Kerjasama Biro Agama PUSPANITA Cawangan Kecil JAWHAR dan Kelab Kebajikan & Sukan JAWHAR  telah mengadakan Program Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam yang bertajuk “Ramadan Bulan Al-Quran”.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBrs.UstazDr. Mohd Izwan Bin Md Yusof, penceramah jemputan dari JAKIM.

Program yang bertujuan untuk memupuk budaya mencari ilmu di kalangan pegawai dan kakitangan jabatan menerusi aktiviti ceramah, memantapkan keberkesanan aktiviti dakwah kepada pegawai dan kakitangan, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dan integriti dalam perkhidmatan awam melalui aktiviti ceramah yang disampaikan dan melaksanakan usaha penerapan nilai-nilai Islam agar terus ditingkatkan.

YBrs.Ustaz Dr. Mohd Izwan Bin Md. Yusof di dalam ceramah beliau telah menekankan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran.Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat yang amat tinggi nilainya kepada seluruh umat Islam yang wajib untuk kita mengambil ibrah atau pengajaran daripada isi kandungannya sebagai pedoman hidup .

Semoga ilmu yang telah dicurahkan dapat menambahkan lagi ilmu dan kefahaman mengenai al-Quran dengan lebih jelas dan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 11 November, 2019 @ 8:43 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top