Public Government JAWHAR Staff

BENGKEL SEMAKAN SEMULA MANUAL PENGURUSAN HARTA SYUBHAH

Putrajaya, 25 April 2017 –  Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)   telah mengadakan Bengkel Semakan Semula Manual Pengurusan Harta Syubhah bertempat di Hotel Warisan Taiping, Perak yang berlangsung selama 3 hari. Peserta-peserta bengkel adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Majlis  Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pakar-pakar daripada Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta urusetia JAWHAR .

Antara objektif utama bengkel ini ialah untuk menyemak semula Manual Pengurusan Harta Syubhah yang telah diterbitkan pada tahun 2009 bagi memasukkan input-input terkini mengikut kesesuaian perkembangan semasa khasnya. Draf Manual yang telah disemak serta ditambahbaik akan dicetak dan diedarkan kepada seluruh MAIN sebagai rujukan.

Pakar rujuk dan penceramah utama bagi bengkel ini ialah YBrs. Dr. Nurdin bin Ngadimon  yang merupakan seorang pakar di bidang Fiqh  Muamalat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(SC). Sesi perkongsian ilmu berkenaan pelaksanaan e-wasiat di Majlis Agama Islam Negeri Selangor(MAIS) juga turut disampaikan oleh Ustaz Mohammad Salleh bin Abdul Saha dari MAIS.

Pada penutupan bengkel, Pn. Hasanah binti Badrul Ketua Penolong Pengarah Bahagian Baitulmal JAWHAR mewakili YBrs. KP JAWHAR melahirkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan Bengkel Semakan Semula Pengurusan Harta Syubhah.  Di dalam ucapan penutupnya, beliau berharap kerjasama erat JAWHAR MAIN akan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 12 November, 2019 @ 8:22 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top