Public Government JAWHAR Staff

BENGKEL PENGURUSAN MANUAL AGIHAN ZAKAT

  
Putrajaya, 13 September 2019 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, (JAWHAR) telah mengadakan Bengkel Manual Pengurusan Agihan Zakat pada 11 dan 12 September 2019 bertempat di Bilik Seminar Aras 8 JAWHAR daripada  jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Bengkel ini dihadiri oleh para pegawai Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia dan juga Agensi Mengurus Zakat (AMZ).  Para pembentang yang dijemput sebagai fasilitator bengkel ialah Prof. Madya Dr. Azman bin Ab Rahman, Timbalan Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), En. Mohamad Amin bin Ibrahim Ketua Jabatan Penyelidikan & Pembangunan Produk, Divisyen Strategi Korporat, Lembaga Zakat Selangor(LZS) dan En. Md. Fadzli bin Md. Saad Timbalan Pengurus Bahagian Baitumal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Selain itu, turut hadir  ialah pegawai-pegawai  Bahagian Baitulmal JAWHAR.

Antara tujuan utama bengkel ini adalah untuk mengemaskini Manual Pengurusan Agihan Zakat JAWHAR yang telah diterbitkan pada tahun 2008 bagi memenuhi tujuan cetakan semula yang akan dilaksanakan pada tahun 2020 supaya manual tersebut dimasukkan dengan input-input terkini dan isi kandungannya selari dengan perkembangan semasa.

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah menjadi medan pertukaran maklumat,  perkongsian pandangan serta pengalaman sesama wakil agensi yang terlibat bagi mengemaskini Manual Pengurusan Agihan Zakat yang komprehensif untuk diterbit dan diulang cetak pada tahun 2020 bagi panduan MAIN dan AMZ seluruh Malaysia, insya-Allah.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 17 October, 2019 @ 5:38 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top