Public Government JAWHAR Staff

BENGKEL PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN KEPADA AMZ

Putrajaya, 8 Ogos 2018 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Bengkel Pengecualian Cukai Pendapatan Kepada Agensi Mengurus Zakat (AMZ) yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 7 hingga 8 Ogos 2018 bertempat di Bilik Seminar, Aras 8, JAWHAR. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil dari Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia serta para pegawai dan kakitangan Bahagian Baitulmal JAWHAR selaku urus setia.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi penyediaan kertas permohonan pengecualian cukai pendapatan kepada AMZ yang melaksanakan kutipan serta agihan zakat memandangkan tempoh pengecualian yang diberikan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini akan berakhir pada tahun taksiran 2019.

 

 

 

 

 

 

 

Bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan aluan dan sesi taklimat oleh pihak urus setia. Seterusnya, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi tujuan perbincangan dan pembentangan draf input kertas permohonan berkenaan mengikut skop yang telah ditetapkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada penghujung bengkel, satu draf kertas permohonan telah berjaya disediakan untuk diharmonikan semula oleh semua ahli bengkel sebelum ia dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak MAIN dan AMZ dalam usaha memartabatkan syiar Islam di Malaysia melalui ibadah zakat, insya-Allah.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.33 Subuh 05.43 Syuruk 07.02 Zohor 13.04 Asar 16.27 Maghrib 19.02 Isyak 20.16
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 10 December, 2019 @ 1:43 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top