BENGKEL PEMURNIAN MPK JAWHAR DAN DOKUMENTASI ISO 9001:2015
22 April 2018 – Satu Bengkel Pemurnian Dokumen MS ISO 9001:2015 Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) telah dilaksanakan di Dewan Syura Utama, Aras 9, JAWHAR. Seramai 25 orang peserta dari semua bahagian telah hadir mengikuti bengkel tersebut. Bengkel ini dijalankan selama dua hari. Bengkel ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR.
JAWHAR telah menjemput penceramah dari syarikat Blueskies Network Sdn. Bhd. iaitu Tuan Haji Dzulkifli Hamzah untuk memberi pemahaman berkaitan pengenalan standard ISO 9001:2015 dan pemurnian dokumen sepanjang bengkel berlangsung.
Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan berkenaan keperluan-keperluan MS ISO 9001:2015 dan menyemak semula ke atas perubahan Manual/Profil Kualiti dan prosedur-prosedur keperluan ISO.
Pada hari pertama bengkel, telah diterangkan kepada peserta mengenai pengenalan kepada standard ISO 9001:2015, memberi kefahaman berkaitan keperluan-keperluan ISO 9001:2015 dan pembangunan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti. Pada hari kedua telah dijalankan semakan dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 dari segi pengemaskinian prosedur kualiti jabatan.