BENGKEL INTENSIF SISTEM MAKLUMAT WAKAF MENERUSI GEOGRAPHICAL INFORMATION SYSTEM (GIS) KE ATAS TANAH WAKAF DI SELURUH MALAYSIA SIRI 3/2019
Bahagian Wakaf dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Wakaf zakat dan Haji telah mengadakan Bengkel Intensif Sistem Maklumat Wakaf menerusi Geographical Information System (GIS) ke atas tanah Wakaf di seluruh Malaysia Siri 3/2019 di Terengganu pada 7 Ogos 2019 bertempat di Pusat Bescomm, Paya Keladi, Kuala Terengganu.
Para peserta adalah terdiri daripada kalangan pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Objektif mengadakan bengkel ini adalah bertujuan untuk meningkatkan dan memantapkan pengetahuan juga kemahiran para pegawai khususnya di Bahagian Wakaf MAIDAM tentang cara penggunaan serta mengenal pasti masalah yang timbul berkenaan sistem tersebut.