Arahan Pentadbiran Tahun 2010
Bilangan 1/2010
Kerahsiaan Maklumat Post-Kabinet
Tarikh Kuatkuasa 14 Januari 2010
Dimaklumkan bahawa selaras dengan Mesyuarat Post-Kabinet pada 13 Januari 2010, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri memutuskan bahawa segala maklumat mengenai Post-Kabinet (minit, maklum balas dan sebagainya) hendaklah dijaga kerahsiaannya.
Bilangan 2/2010
Larangan Mengeluarkan Surat Sokongan Memungut Derma Menggunakan Kepala Surat JAWHAR
Tarikh Kuatkuasa 24 Mei 2010
Sehubungan ini, semua warga JAWHAR adalah dilarang keras dari mengeluarkan sebarang surat sokongan yang menggunakan kepala surat (letter head) JAWHAR untuk tujuan mengutip derma kepada mana-mana pihak. Sebarang ketidakakuran kepada ketetapan ini, tindakan punitif boleh dikenakan terhadap mana-mana warga JAWHAR terbabit.
Bilangan 3/2010
Larangan Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu Atau Meminda Sijil Cuti Sakit
Tarikh Kuatkuasa 03 Jun 2010
Sehubungan ini, semua warga JAWHAR adalah dilarang keras dari mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu atau meminda Sijil Cuti Sakit. Sebarang ketidakakuran kepada ketetapan ini, tindakan punitif boleh dikenakan terhadap mana-mana warga JAWHAR terbabit dan direkodkan dalam Buku Perkhidmatan warga tersebut.