Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Penyerahan Peralatan Dan Kelengkapan Bagi Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor

Selangor, 11 Jun 2020 | YB Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaari, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) mewakili YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) merangkap Pengerusi YWM dengan diiringi oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyerahkan peralatan dan kelengkapan bagi Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang HTAR bernilai RM634,400.00 kepada YB Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia II. Turut hadir, Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR merangkap Naib Pengerusi YWM.

 

 

 

 

 

 

 

Peralatan dan kelengkapan tersebut berupa:
1 unit Vital Sign Monitor;
1 unit Portable Vital Sign Monitor with SPO2 & ETCO2;
6 unit Vital sign Monitor with SPO2;
1 unit Portable Ventilator;
1 unit Defibrilator;
1 unit Portable Ultrasound (3 Probes);
8 unit Infusion pump;
2 unit ECG machine;
1 unit ISOPOD Negative Pressure Patient Transfer System with filter;
2 unit Negative Pressure for Isolation Room; dan
3 unit PAPR with filter

Kesemua peralatan tersebut dibiayai menggunakan Dana Wakaf Tunai Malaysia YWM. Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif MUSAADAHCOVID19 yang telah diumumkan oleh YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) pada 19 Mac yang lalu.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top