Awam Kerajaan Warga JAWHAR

DIALOG KOMUNITI MUAMALAH NASIONAL (DIALOG KOMUNAL)

Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa (BPKA)  telah menganjurkan program Dialog Komuniti Muamalah Nasional (Dialog Komunal) 1.0 pada 11 Julai 2019 bertempat di Dewan Majlis Senat, Aras 2, Blok Pentadbiran, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan. Program ini telah dihadiri  seramai 80 orang peserta yang dijemput dari kalangan panel pakar JAWHAR, universiti awam dan swasta,  industri, agensi kerajaan pusat dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Program sehari tersebut telah dirasmikan oleh YB Puan Hajjah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Perdana Menteri. YB Timbalan Menteri telah menyampaikan hasrat dan harapan beliau agar satu pelan induk nasional dan dasar memberdayakan sosio ekonomi dan kewangan social umat Islam khususnya golongan asnaf dapat dihasilkan.

Pembentangan utama telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Noor Inayah binti Ya’akub, Ketua Pegawai Eksekutif/Rektor Koleh Profesional Baitulmal Kuala Lumpur juga merangkap sebagai ketua panel pakar JAWHAR.

Sesi perbincangan dan dialog telah diadakan selepas pembentangan utama dan pada sesi petang. Sesi dialog sebelah petang telah dipengerusi dan dikendalikan oleh YBhg. Tuan Haji Ruslan Said, Ketua Pengarah JAWHAR. Hasil daripada dialog dan perbincangan yang telah diadakan, banyak pandangan dan cadangan yang telah dilontarkan oleh para peserta yang dapat membantu JAWHAR untuk menggalas tanggungjawab besar yang telah diamanahkan ini.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 September, 2019 @ 12:36 PM
Top