Awam Kerajaan Warga JAWHAR

DELEGASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KE JAWHAR

Pada 26 Ogos 2016 (Jumaat) pada pukul 10.00 pagi, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) seramai 5 orang yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Ahmad bin Che Yaacob (Penyelaras Akademik Penyelidikan dan Inovasi). Delegasi ini disambut oleh Puan Hasanah binti Badrul , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Baitulmal dan Cik Nur Anis Lyana binti Mohamad Shokri, Penolong Pengarah Unit Integriti dan Komunikasi Korporat.

jawhar 405

Pertemuan dan sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Gerakan, JAWHAR dan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JAHWAR. Turut hadir ialah Puan Asrul Shuhada Binti Mohd Salleh (Pengarah Bahagian Baitulmal),  Encik Ruzman Bin Ismail (Pengarah Bahagian Wakaf), Encik Mohd Faizal Ab. Hamid (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa), dan beberapa orang pegawai JAWHAR yang lain.

jawhar 417

Tujuan utama kunjungan hormat daripada Delegasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selain berkongsi idea dan pendapat mengenai kajian Manual (Manual Pengurusan Hibah, Manual Pengurusan Mutawwif Haji dan Umrah, dan Manual Pengurusan Hotel Wakaf). Sesi lawatan ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh kedua – dua pihak sebagai tanda kenang – kenangan serta sesi bergambar beramai – ramai.

jawhar 439

jawhar 445

jawhar 422

jawhar 427

jawhar 434

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top