Awam Kerajaan Warga JAWHAR

DELEGASI MALDIVES INLAND REVENUE AUTHORITY (MIRA) KE JAWHAR

Pada 4 Oktober 2016 (Selasa) pada pukul 9.30 pagi, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji telah menerima lawatan kerja daripada Delegasi Maldives Inland Revenue Authority (MIRA) seramai 4 orang yang diketuai oleh Tuan Hassan Zareer (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cukai). Delegasi ini disambut oleh Cik Nur Anis Lyana binti Mohamad Shokri, Penolong Pengarah Unit Integriti dan Komunikasi Korporat.

jawhar-304

Pertemuan dan sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Syura 2, JAWHAR dan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JAHWAR. Turut hadir ialah Puan Asrul Shuhada binti Mohd Salleh (Pengarah Bahagian Baitulmal),  Encik Mohd Faizal Ab. Hamid (Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa), Encik Ruzman bin Ismail (Pengarah Bahagian Wakaf) dan beberapa orang pegawai JAWHAR yang lain.

jawhar-226

Tujuan utama lawatan kerja daripada Delegasi Maldives Inland Revenue Authority (MIRA) selain berkongsi idea dan pendapat mengenai pengurusan zakat di Malaysia. Sesi lawatan ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari dan berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh kedua – dua pihak sebagai tanda kenang – kenangan serta sesi bergambar beramai – ramai.

jawhar-231

jawhar-230

jawhar-266 jawhar-284

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top