Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Zakat

Definisi

Dalam bahasa Arab, “Zakat” secara umumnya bererti pertambahan. Berasaskan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan bagi banyak pengertian seperti cerdik, subur, jernih, berkat, kepujian, bersih dan lain-lain.

Sebagai satu istilah dalam pengajian hukum Islam atau “Fiqh”, zakat bererti mengeluarkan kadar tertentu dari harta yang tertentu bagi faedah golongan yang berhak menerimanya, sebagaimana yang ditentukan oleh Allah. Dalam penggunaan lain, ia juga bererti harta yang dikeluarkan itu sendiri.

Selain itu, perkataan zakat ada disebut dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu istilah yang tunggal bagi sesuatu pengertian kerana al-Qur’an dan al-Sunnah juga menggunakan perkataan “sedekah“ bagi pengertian yang sama. Dalam al-Qur’an, misalnya Allah berfirman yang bermaksud:

“Ambillah dari harta mereka sedekah (zakat) yang dengan itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka.“

Dalam hadith pula Rasulullah s.a.w bersabda:

“Di bawah pada lima “ausuq“ tidak dikenakan sedekah (zakat)“

Mengambil kira pengertian-pengertian di atas, sesetengah para fuqaha berpendapat “zakat“ dan “sedekah“ adalah dua perkara seerti atau sinonim. Al-Mawardi berpendapat bahawa “sedekah“ itu zakat dan zakat itu sedekah. Kedua-duanya berpisah pada nama, bersatu pada pengertian.

Dalam bahasa Arab, “sedekah“, secara umumnya beerti memperkukuhkan sesuatu dengan sesuatu. Berdasarkan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan bagi pengertian lain, seperti bersikap benar, berkawan, mas kahwin, pemberian dan sebagainya. Berdasarkan pengertian inilah, maka sesetengah para ulamak berpendapat bahawa sedekah pada asasnya dalam syariah Islam bererti konsisten antara tindak-tanduk dengan iktikad.

Walau bagaimanapun, sama ada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu, sedekah tidak lagi digunakan bagi mengertikan zakat. Ia biasanya digunakan bagi mengertikan zakat. Ia biasanya digunakan bagi mengertikan pemberian secara sukarela kepada mana-mana pihak sahaja dengan tujuan untuk mendapat pahala dari Allah. Dengan kata lain, zakat mengertikan pemberian wajib, sementara sedekah mengertikan pemberian sunat.

Petikan dari
Konsep dan Objektif Zakat Dalam Islam
Oleh Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.30 Subuh 05.40 Syuruk 07.01 Zohor 13.13 Asar 16.37 Maghrib 19.21 Isyak 20.36
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D,
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak,
Kompleks Islam Putrajaya,
Presint 3, 62100 Putrajaya.
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 Mei, 2017 @ 3:21 PM
Anda Pelawat ke:
countercountercountercountercountercountercounter
Top