Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Ijarah

Definisi

Ijarah bermaksud bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang dilakukan. Menurut istilah fuqaha’, ijarah ialah kontrak untuk mendapatkan khidmat (manfaat) tertentu yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu.

Firman Allah S.W.T:

ٰٰھُمَا یَٰأبَتِ ٱسْتَئْجِرْهۖ ٳنَّ خَیْرَ مَن ٱسْتَئْجَْرتَ ٱلْقَوىُّ ٱلأمِینُ ۝  قَالَتْ ٳحْدَ ىَٰ أن تَأْجُرَنِى ثَمَٰنِىَ حِجَجٍۖ  أُرِیُد أنْ أُنكِحَكَ ٳحْدَى ٱبْنَتَىَّ ھَٰتَیْنِ عَل  قَالَ ٳِنِّى

Maksudnya: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja, ialah orang yang kuat, lagi amanah. Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat engkau bekerja denganku selama lapan tahun.”

(Surah Al-Qasas : ayat 26-27)

Dalil hadis:

عن عائشة رضي الله عنها : واستأجر النبي صلى الله عليه وسلم وأبو بكر رجلا من بني الديل ثم من بني عبد بن عدي هاديا خريتا – الخريت الماهر بالهداية – قد غمس يمين حلف في آل العاص بن وائل وهو على دين كفار قريش فأمناه فدفعا إليه راحلتيهما ووعداه غار ثور بعد ثلاث ليال فأتاهما براحلتيهما صبيحة ليال ثلاث فارتحل

Maksudnya: Daripada Aisyah r.a berkata: “Nabi S.A.W dan Abu Bakar mengupah tenaga seorang lelaki Bani al-Dail daripada Bani Abd bin Addi, seorang penunjuk jalan yang mahir dan masih menganut agama kafir Quraisy. ۲٦ Nabi s.a.w dan Abu Bakar mempercayainya dan menyerahkan dua ekor unta tunggangan mereka kepadanya. Mereka berjanji untuk bertemu dengannya di gua Thur selepas tiga hari. Pada hari ketiga, lelaki itu datang bersama unta tunggangan mereka dan mereka berangkat”.

(Riwayat al-Bukhari)

عن عبدالله بن السائب قال دخلنا على عبدالله بن معقل فسألناه عن المزارعة ؟ فقال زعم ثابت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن المزارعة وأمر بالمؤاجرة وقال ( لا بأس لها )

Maksudnya: Daripada Abdullah bin al-Sa’ib berkata: Kami telah melawat Abdullah bin Ma`qil dan bertanya kepadanya tentang muzara`ah, maka dia berkata: Thabit telah menjelaskan bahawasanya Nabi S.A.W melarang muzara`ah dan membenarkan ijarah (sewa). Baginda bersabda: “Tidak mengapa dengannya”.

(Riwayat Muslim)

Hukum Kontrak Sewa

Apabila kontrak sewa memenuhi rukun dan syarat yang ditetapkan, kontrak tersebut dikira sah dan segala hukum yang berkaitan (implikasi syariat) akan terpakai sebaik sahaja kontrak dimeterai.

Rukun Sewa

Kontrak sewa mempunyai empat rukun iaitu dua pihak yang berkontrak, sighah, perkhidmatan (manfaat) yang diberikan dan bayaran sewa atau upah.

1. Rukun Pertama:

Dua pihak yang berkontrak iaitu pemilik perkhidmatan (manfaat) dan penyewa:

  • Pihak yang berkontrak mestilah baligh dan berakal. Kontrak sewa tidak sah jika membabitkan kanak-kanak dan orang gila kerana kedua-dua golongan ini tidak mempunyai kuasa hak milik pada diri sendiri dan harta mereka.

2. Rukun Kedua:

Sighah kontrak iaitu Penawaran dan persetujuan:

  • Penawaran: iaitu apa jua lafaz yang dilahirkan oleh pemilik perkhidmatan; dan
  • Persetujuan: iaitu apa jua lafaz yang lahir daripada penyewa dapat menunjukkan persetujuan dan ia difahami dengan jelas.
    – Persetujuan dan penawaran mestilah selari;
    – Tidak wujud jurang masa yang lama antara penawaran dan persetujuan; dan
    – Tidak bersyarat.

3. Rukun Ketiga:

Perkhidmatan (manfaat)

  • Perkhidmatan mestilah mempunyai nilai; Contohnya menyewa rumah untuk didiami.
  • Pemilik perkhidmatan mestilah mampu menyerahkan perkhidmatannya supaya penyewa boleh menggunakannya; Contohnya pemilik tidak boleh menyewakan rumah yang sudah rosak kepada penyewa.
  • Khidmat diperoleh oleh pengupah bukan oleh orang yang diupah; Contohnya mengupah orang untuk menunaikan haji, pahala haji akan diperoleh oleh pengupah.
  • Khidmat mestilah dimaklumi oleh kedua-dua pihak dari segi barangan, sifat dan kadarnya.

4. Rukun Keempat:

Bayaran Sewa Syarat bayaran sewa:

  • Bayaran itu mestilah bayaran yang suci tidak mengandungi unsurunsur riba;
  • Bayaran sewa boleh digunakan dan bernilai seperti duit; dan
  • Bayaran sewa diketahui oleh kedua-dua belah pihak.

Jenis & Syarat Penyewaan

Terdapat dua jenis kontrak sewa: Sewa barangan dan sewa jaminan.

Sewa Barangan

Sewa barangan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperoleh daripada barangan tertentu. Contohnya sewa rumah. Syarat sewa barangan:

  • Barangan yang disewa mestilah ditetapkan;
  • Barangan yang disewa mestilah wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak ketika memeterai kontrak sewa; dan
  • Penyewa boleh menggunakan perkhidmatan serta-merta selepas kontrak ditandatangani.

Sewa Jaminan

Sewa jaminan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperoleh melalui jaminan pemilik. Contohnya mengupah seseorang untuk menjahit pakaian. Syarat sewa jaminan:

  • Bayaran sewa adalah serta-merta dan diserahkan dalam majlis kontrak; dan
  • Spesifikasi barangan yang ditawarkan perkhidmatan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas.

Penamatan Kontrak Sewa

Faktor-faktornya:

  • Pembatalan kontrak. Sebab-sebab yang membatalkan kontrak ialah;
    – Barangan yang disewa rosak.
    – Barangan sewaan tidak diserahkan pada masa yang ditetapkan.
  • Penggunaan barangan sewa berakhir.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.41 Subuh 5.51 Syuruk 07.07 Zohor 13.15 Asar 16.22 Maghrib 19.20 Isyak 20.29
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 28 September, 2020 @ 2:56 PM
Top