Awam Kerajaan Warga JAWHAR

D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus sempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Al-Sa’adah Seremban

Majlis Perasmian Kompleks Al-Sa’adah Seremban, Negeri Sembilan yang dahulunya dikenali Pusat Kegiatan Saudara Baru, Seremban Negeri Sembilan telah berlangsung pada  19 Januari 2012 dengan penuh  meriah. Majlis Perasmian Kompleks tersebut telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz  Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Seramai 2,000 tetamu jemputan termasuk penduduk tempatan yang tinggal   di kawasan sekitar telah hadir.

 

Bangunan  Kompleks Al-Sa’adah dibina mengikut konsep seni bina Masjid Xian di China lengkap dengan laman dan menara pagoda  menelan belanja RM7.76juta.  Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) telah memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta dan bakinya sebanyak RM3.26 juta dibiayai  oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Projek Pembangunan Hartanah JAWHAR  ini adalah yang ke lapan berjaya disiapkan hasil daripada usaha gigih, komitmen jitu dan kerjasama erat  yang diberikan oleh semua pihak yang terbabit.

 

Kompleks Al-Sa’adah akan menjadi mercu tanda di Negeri Sembilan di samping menjadi tempat saudara baru/mualaf mendalami dan memantapkan kefahaman Islam dengan solat berjemaah, mengikuti kelas bimbingan akidah dan al-Quran serta pelbagai lagi aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Perbagai  kemudahan disediakan antaranya Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Bilik Mesyuarat, Bilik Iman, Bilik VIP, Perpustakaan, Bilik Mandi Jenazah, Dewan Solat Utama, Ruang Pejabat, Hostel dan juga Kuarter Mubaligh.

Dalam ucapan awal majlis, YB. Mejer Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan  di atas sokongan dan dokongan padu semasa pembinaan Kompleks Al-Sa’adah. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan khususnya kepada JKR Daerah Seremban dan kontraktor  yang dilantik  kerana telah berjaya menyiapkan Kompleks Al-Sa’adah mengikut jadual yang ditetapkan. Menurutnya lagi, Pembinaan kompleks ini selaras dengan visi dan misi JAWHAR  meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah menerusi pengukuhan institusi wakaf yang berfokuskan kepada ekonomi, kesihatan, pendidikan, perumahan dan agama.

Di dalam ucapan YAB Menteri  Besar Negeri Sembilan, beliau telah menzahirkan rasa gembiranya di atas kejayaan Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan membangunkan Kompleks Al-Sa’adah menerusi strategi lautan biru di tanah wakaf Jalan Mufti Ahmad, Rahang Square, Negeri Sembilan. Dengan siapnya Kompleks Al-Sa’adah Seremban, ia akan membantu kerajaan negeri  menguruskan saudara baru/muallaf  berbangsa cina menikmati kehidupan baru yang lebih selesa selepas disisihkan oleh keluarga mereka. Dianggarkan lebih  kurang dua ribu orang muallaf  di  Negeri Sembilan bakal menikmati kemudahan tersebut. Tambah beliau lagi, Kompleks ini akan memberikan kemudahan kepada penghuni yang mendiami di kompleks tersebut dan juga kepada penduduk yang berada di sekitarnya.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top