Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM-PROGRAM JAWHAR BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI (MAIN), AGENSI MENGURUS ZAKAT (AMZ) & AGENSI-AGENSI AGAMA DI BAWAH YB MENTERI TAHUN 2018

PUTRAJAYA, 5 Februari 2018 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program-Program JAWHAR Bersama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN), Agensi Mengurus  Zakat (AMZ) & Agensi-Agensi Agama Di Bawah YB Menteri berhubung bidang Wakaf, Zakat dan Haji Bagi Tahun 2018 bertempat di Dewan Mesyuarat Utama Jannatul Firdaus, JAWHAR.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dan telah dihadiri oleh 30 orang ahli Mesyuarat yang diwakili oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Agensi Mengurus Zakat (AMZ), Agensi di bawah YB Menteri dan juga pegawai JAWHAR.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mencari pemuafakatan mengenai kerjasama secara kolaborasi atau National Blue Ocean Strategi (NBOS) bagi program-program JAWHAR di bawah bidang wakaf, zakat dan haji. JAWHAR juga  telah membentangkan cadangan program/aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2018 melibatkan bidang wakaf, zakat dan haji dan pada masa yang sama membuka peluang kepada MAIN, AMZ dan agensi lain untuk  berkongsi pandangan dan sumbangan yang boleh laksanakan secara bersama bagi program-program tersebut.

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah berjaya mengumpulkan wakil-wakil negeri dan persekutuan yang turut sama menjana idea untuk memajukan bidang teras wakaf, zakat dan haji dalam memastikan kemaslahatan ummah terpelihara, insyaAllah.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.49 Subuh 05.59 Syuruk 07.06 Zohor 13.15 Asar 16.28 Maghrib 19.21 Isyak 20.31
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 19 April, 2018 @ 1:41 PM
Top