Awam Kerajaan Warga JAWHAR

CERAMAH UMUM PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF DI ILKAP

Pada 22 Mei 2012 Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Jabatan Perdana Menteri telah  mengadakan Program Ceramah Umum Improvisasi Pengurusan Harta Wakaf. Program tersebut membincangkan perkara-perkara dan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan harta wakaf secara holistik meliputi aspek pengurusan, perundangan, kajian perbandingan, cabaran masa kini, amalan terbaik dan perbincangan panelis yang berkaliber. Ceramah tersebut dihadiri seramai 100 dari pegawai-pegawai dari kehakiman, Pejabat Tanah Galian, Majlis Agama Islam, JAWHAR dan Yayasan Wakaf Malaysia.

Ketua Pengarah JAWHAR Datuk Anan bin C. Mohd telah dijemput sebagai Pembentang kertas kerja utama di ceramah tersebut dengan tajuk Pengurusan Harta Wakaf di Malaysia dan Cabaran trend semasa wakaf. Di dalam ceramah tersebut beliau telah berjaya menarik perhatian peserta terhadap pengurusan dan pembangunan hartanah wakaf yang dilaksanakan oleh JAWHAR. Sebanyak 4 hotel telah dibina dan 2 telah beroperasi iaitu Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM) dan Klana Beach Resort (JAWHAR-MAINS)di Port Dickson. Di samping itu, JAWHAR telah membina pusat Dialisis di Batu Pahat , Kompleks Pendidikan di Balik Pulau, Pulau Pinang, Ruang Niaga di Tambun,Perak dan Utan Aji Perlis, Pusat Saudara Baru di Seremban dan asrama pelajar di Machang, Kelantan dan Besut Terengganu. Selain Ketua Pengarah JAWHAR, Penasihat Undang-Undang JAWHAR, Pn. Norilawati bte Ismail turut sama memberikan ceramah berkaitan dengan tajuk Undang-Undang berkaitan Harta Wakaf di Malaysia kepada para peserta.

Di sebelah petangnya sekali lagi KP JAWHAR diberi peluang membentangkan isu, cabaran dan trend semasa wakaf masa kini. Banyak perkara telah disentuh oleh beliau dalam usaha memastikan kelansungan institusi wakaf terus utuh dan terus berperanan sebagai peneraju ekonomi umat Islam selain zakat dan sedekah.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 1 Jun, 2020 @ 10:46 AM
Top