Awam Kerajaan Warga JAWHAR

CERAMAH PENERAPAN NILAI ISLAM : CERAMAH RAMADAN 1

18 Mei 2018, Unit Integriti dan Komunikasi Korporat, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Biro Agama PUSPANITA Cawangan Kecil JAWHAR dan Kelab Kebajikan & Sukan JAWHAR  telah mengadakan Program Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam yang bertajuk “Penghayatan Ramadan”. Ceramah yang dianjurkan sempena bulan Ramadan telah disampaikan oleh YBrs.Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim, penceramah jemputan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Program  ceramah ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, bertempat di Dewan Syura Utama, aras 9 JAWHAR. Program ini dihadiri oleh para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan JAWHAR seramai 40 orang.

YBhg.Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim di dalam ceramahnya menekankan pentingnya umat Islam menghayati kehadiran Ramadan dan menggunakan peluang di bulan yang penuh keberkatan dan keampunan ini untuk menambah amal ibadah di sepanjang bulan yang mulia ini.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 24 September, 2018 @ 9:56 AM
Top