Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN SAMBUTAN BULAN ZAKAT & IJTIMA’ AMIL ZAKAT KEBANGSAAN 2013

Kuala Lumpur 10 Disember 2013– YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini merasmikan Majlis Perasmian dan Pelancaran Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) dan Ijtima’ Amil Zakat Kebangsaan 2013 anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung selama satu hari dengan tema “Transformasi Zakat Menyejahterakan Ummah” bertujuan untuk menyebarluas maklumat dan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kewajipan dan kepentingan berzakat dari sudut sistem pengurusan dan perundangan zakat serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat di negara ini.

Selain itu, program ini juga memberi pendedahan tentang agihan dan pengurusan wang zakat yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) terutamanya kepada pembayar-pembayar zakat di samping berusaha untuk  mengenal pasti potensi dan cabaran pentadbiran zakat di Malaysia.

Ijtima’ Amil Zakat Kebangsaan diadakan bertujuan untuk menghargai peranan penggerak zakat seluruh negara atas segala sumbangan bernilai mereka dalam urusan kutipan dan agihan zakat di samping menyediakan ruang berkongsi pendapat di kalangan mereka serta mengeratkan hubungan antara JAWHAR, MAIN, AMZ dan institusi-institusi lain yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sempena Sambutan BZK 2013, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Zakat Kebangsaan 2013 merangkumi 7 kategori iaitu :

 

i)                    Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan Kategori Akademik

Penerima : Pn. Aqilah binti Amir Jamalullail(Selangor)

 

ii)                  Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan Kategori Usahawan

Penerima : Pn. Rusilah binti Nasro(Johor)

 

iii)                Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan Kategori Khas

Penerima : Puan Jasmin Tay binti Abdullah(Wilayah Persekutuan)

 

iv)                Anugerah Zakat Kebangsaan Kategori Syarikat GLC

Penerima : Telekom Malaysia Berhad(Wilayah Persekutuan)

 

v)                  Anugerah Zakat Kebangsaan Kategori Syarikat Sdn. Bhd.

Penerima : Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd.(Johor)

 

vi)                Anugerah Zakat Kebangsaan Kategori Syarikat Awam Berhad

Penerima : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad(Selangor)

 

vii)              Anugerah Inovasi Zakat Terbaik Kategori Kutipan

Penerima : Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan

 

Anugerah ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan dan galakan dan seterusnya dilihat sebagai satu perangsang semangat bagi memotivasikan para asnaf agar sentiasa berusaha memajukan diri, perniagaan dan akhirnya dapat mengeluarkan diri mereka dari lembah kemiskinan. Di samping itu, ia dapat menjadi ikon kepada asnaf yang lain untuk terus mengorak kejayaan dalam bidang masing-masing yang mana akhirnya kelak mereka pula muncul sebagai pembayar zakat.

Program Ijtima’ Amil Zakat Kebangsaan yang diadakan sempena Sambutan BZK 2013 kali ini merupakan satu usaha bagi meningkatkan prestasi amil-amil zakat dalam menggerakkan masyarakat ke arah mencapai matlamat yang seiring dengan pembangunan sosioekonomi ummah. Program ini dibahagikan kepada tiga sesi utama iaitu:

 

1.                  Sesi Pembentangan Kertas Kerja 1:

 

YBrs. Dr Nik Salida Suhaili binti Nik Saleh, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia akan membentangkan kertas kerja bertajuk “Memasyarakatkan Urusan Zakat”. Inti pati kertas kerja yang dibentangkan adalah seperti berikut:

                                                                             

Pensyariatan zakat ialah bertujuan untuk mengagihkan kekayaan golongan yang berharta kepada golongan yang tidak berkemampuan. Ia bertujuan untuk mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat dan kurniaan Allah SWT serta membersihkan jiwa orang yang mempunyai kekayaan dari sifat kedekut dan bakhil. Kedudukan zakat sebagai rukun Islam merupakan pemangkin kepada sistem ekonomi Islam kerana peranannya dalam pembangunan sosi-ekonomi secara global. Zakat diwajibkan ke atas setiap individu Muslim yang layak. Namun terdapat segelintir yang tidak menunaikan kewajipan ini disebabkan pelbagai faktor seperti kurang arif tentang tanggungjawab menunaikan zakat atau merasakan bahawa mereka tidak layak menunaikan zakat. Justeru, pencerahan tentang tanggungjawab membayar zakat adalah satu keperluan yang mendesak dan perlu dilakukan secara berterusan. Urusan zakat, sama ada pembayaran atau pengagihan perlu dimasyarakatkan supaya umum dapat turut serta dalam memakmurkan wadah perkembangan sistem ekonomi Islam ini. Kertas kerja ini mengupas kepentingan pensyariatan zakat serta langka-langkah yang perlu diambil untuk memasyarakatkan urusan zakat. Peranan zakat terhadap pembangunan diri dan sosio-ekonomi, pengembangan sumber harta dan sebagai jaminan keadilan sosial juga akan diperincikan. Untuk memasyarakatkan urusan zakat, kertas ini akan meneliti keperluan sosialisasi, pengukuhan institusi pengurusan zakat dan daya usaha pentadbir zakat dalam memberi kesedaran kepada umum tentang pensyariatan zakat.

 

2.                  Sesi Pembentangan Kertas Kerja 2:

 

YBrs. Encik Ahmad Saruji bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, MyANGKASA AMANAH BERHAD akan membentangkan kertas kerja bertajuk “Mengangkat Profesionalisme Agihan Zakat”. Inti pati kertas kerja yang dibentangkan adalah seperti berikut:

 

Pemodenan pentadbiran zakat di Malaysia jelas bergerak seiring dengan kemajuan Negara. Perubahan ini ketara di beberapa negeri. Secara keseluruhan, pengurusan zakat negara bergerak dalam pergerakan yang eksponen. Antara yang impaknya termasuk profesionalisme dalam pengurusan zakat terbahagi kepada 2 [dua] iaitu mikro dan makro. Aspek yang terpenting ialah  mikro yang memfokuskan kepada kualiti individu, sistem pentadbiran dan operasi yang memfokuskan kepada kecekapan dan keberkesanan tugasan. Manakala aspek makro pula sokongan agensi-agensi yang berkaitan dengan zakat  dalam membantu menyedia infra seperti  jabatan agama, perbadanan, perundangan, NGO dan sebagainya.

 

Kini manhaj pengurusan zakat menuntut kepada kecekapan dan keberkesanan prestasi operasi. Oleh yang demikian soal pembangunan insan [keilmuan tidak hanya ilmu zakat tetapi ilmu untuk pengurusan korporat dan kewangan, kepakaran, pembinaan imej yang positif]. Jika dikaji jumlah zakat harta yang dipungut pada tahun 2012 yang berjumlah RM1.9 billion,  pencapaian agihan 100% kepada asnaf-asnaf sewajarnya dikaji permasalahan pencapaian dari aspek prestasi dari segi kecekapan dan keberkesanan agihannya.

 

Pengagihan zakat hendaklah mempunyai rancangan kerja yang jelas dan menetapkan KPI yang perlu dilaksanakan. KPI ini mestilah dipantau secara berkala supaya apa yang dirancang tercapai. Selain itu, operasi agihan zakat mestilah membangunkan daya kapasiti sumber antaranya tenaga kerja, kemudahan pejabat, teknologi, peralatan, untuk menatijahkan hasil kerja yang maksimum sesuai dengan konsep ihsan dalam Islam. Selain itu ganjaran kepada kakitangan juga hendaklah setimpal dengan prestasi kerja sesuai dengan konsep upah dalam Islam.

 

3.                  Sesi Bual Bicara Amil:

Topik perbincangan adalah “AGIHAN ZAKAT : DI MANA PERANAN KEPIMPINAN MASYARAKAT”.Sesi ini diadakan bagi membincang peranan para pemimpin masyarakat sebagai agen sistem agihan dana zakat yang efektif dan efisien ke arah kesejahteraan umat Islam yang holistik. Para pemimpin masyarakat juga perlu berganding bahu bersama-sama penggerak zakat sebagai agen yang berupaya memangkin ekonomi umat Islam di negara ini dari aspek kutipan zakat yang lebih sistematik dan komprehensif. Kedua-dua aspek kutipan dan agihan zakat wajar diberi penekanan yang serius agar umat Islam tidak ketinggalan dalam arus pemodenan global dan seterusnya mampu bersaing di arena antarabangsa demi kemajuan tamaddun umat Islam seluruhnya. Sesi ini dikendalikan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad Noor bin Sulaiman (Penerbit Eksekutif Bual Bicara Agama TV9/TV3). Tokoh-tokoh yang dijemput bagi mengupas dan membahaskan topik tersebut adalah YBrs. Dr. Yusri Bin Mohamad (Felo Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia –YADIM) dan YBrs. Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid (Pensyarah KUIS).

 

4.                  Pelancaran Buku “al-Barakah” Ikon Asnaf Zakat 2013

Buku ini dilancarkan bertujuan untuk mengetengahkan sebahagian daripada asnaf-asnaf zakat yang telah mengukir kejayaan dalam bidang keusahawanan hasil daripada bantuan dana zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN).

 

5.                  Pameran:

Sebagai salah satu pengisian bagi program Ijtima’ Amil Zakat Kebangsaan 2013, dianjurkan juga pameran yang bertujuan untuk menonjolkan asnaf-asnaf yang berjaya terutama dalam bidang keusahawanan. Pameran ini disertai oleh asnaf-asnaf zakat daripada Majlis Agama Islam WP (MAIWP), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

 

 

Majlis Perasmian dan Pelancaran Sambutan BZK 2013 telah dihadiri oleh seramai 1,200 orang terdiri daripada para peserta Ijtima’ Amil Zakat Kebangsaan 2013, wakil-wakil MAIN, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), AMZ, agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Sambutan BZK 2013 memfokuskan kepada dua kumpulan sasar utama dalam masyarakat iaitu golongan pembayar zakat dan juga golongan penerima zakat supaya mereka faham dan yakin bahawa setiap sumbangan zakat yang ditunaikan sebenarnya melalui proses pengurusan yang telus dan sampai kepada golongan asnaf yang memerlukan serta untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai aspek agihan terutamanya mengenai skim dan prosedur yang terlibat.

Disediakan Oleh :

Bahagian Zakat, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)

 

She uses creative phrasing check my gathering such as, entire lives dont fit into!

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top