Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PEMERKASAAN JAWHAR DAN PEMBANGUNAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014

 DSC_0346

Bengkel Pemerkasaan JAWHAR dan Pembangunan Ekonomi Bumiputera ini adalah susulan daripada Kajian Penjajaran Fungsi Sempena Tranformasi Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang telah dilaksanakan oleh JPM pada 15 April 2014 yang lalu. JAWHAR juga sebelum ini telah diberi kelulusan pengstrukturan baru organisasi pada 1 Januari 2014 dan telah melaksanakannya mulai 1 April 2014.

Struktur baru organisasi JAWHAR yang telah diluluskan ini telah mentransformasi beberapa bahagian lama dengan mewujudkan beberapa bahagian baru yang lebih kukuh untuk memainkan peranan dan tanggungjawab JAWHAR. Melalui pengstrukturan baru ini juga, JAWHAR berazam untuk melangkah dengan lebih strategik dan kukuh melaksanakan peranannya dalam memartabatkan institusi Wakaf, Zakat dan Mal di Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.

JAWHAR kini juga dilihat sebagai sebuah entiti penting dalam pembangunan ekonomi Bumiputera di Malaysia menerusi pembangunan institusi Wakaf, Zakat dan Mal. Justeru, menerusi bengkel ini diharapkan bakal menghasilkan perancangan yang strategik dalam memperkasakan JAWHAR dan merealisasikan hasrat Kerajaan.

Tarikh Pelaksanaaan dan Peserta Bengkel

Bengkel Pemerkasaan JAWHAR dan Pembangunan Ekonomi Bumiputera ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 28 hingga 30 Mei 2014 di Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai 26 orang kakitangan telah menghadiri bengkel ini di mana 19 orang peserta adalah terdiri daripada pegawai-pegawai JAWHAR, 2 orang peserta daripada Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan 5 orang urusetia termasuk pemandu.

Objektif Bengkel

Bengkel Pemerkasaan JAWHAR dan Pembangunan Ekonomi Bumiputera yang telah dirancang ini adalah bagi mencapai objektif seperti berikut:

  1. i.Mengenalpasti objektif, hala tuju dan peranan JAWHAR dengan lebih jelas dan tersusun;
  2. ii.Mengenal pasti isu, permasalahan, kelemahan dan menyusun strategi melalui kekuatan dan peluang yang ada;
  1. iii.Merancang agenda pembangunan ekonomi Bumiputera menerusi institusi Wakaf, Zakat dan Mal;
  1. iv.Menyemak dan menyelaras semula Sasaran Kerja Tahunan setiap bahagian selepas pengstrukturan organisasi JAWHAR;
  1. v.Menyusun strategi memperkasakan peranan dan tanggungjawab JAWHAR dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sosio-politik umat dan negara.

Pengisian Bengkel

Sepanjang bengkel ini berlangsung selama 3 hari 2 malam, pelbagai slot pengisian telah diatur. Para peserta telah bertolak dari pejabat untuk menghadiri bengkel pada awal pagi 28 Mei 2014 dan telah selamat tiba ke destinasi pada sebelah petang hari.

Majlis Perasmian Bengkel Pemerkasaan JAWHAR dan Pembangunan Ekonomi Bumiputera telah diadakan pada hari pertama bengkel iaitu pada 28 Mei 2014 jam 8.30 malam dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR di dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran peserta seterusnya menggalakkan peserta aktif dalam menyertai perbincangan dan menyumbang idea untuk memperkasakan organisasi JAWHAR.

Bengkel bermula selepas tamatnya majlis perasmian dengan slot pertama iaitu Penetapan Fungsi dan Objektif JAWHAR yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd Bakri bin Ibrahim selaku Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antrabangsa, JAWHAR.

Pada hari kedua, bengkel telah dimulakan dengan slot Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman (SWOT) yang dipengerusikan oleh En. Azhan bin Mohd Noh selaku Pengarah Baitulmal, JAWHAR. Beliau telah membentangkan kesedaran mengenai situasi pembangunan wakaf dan baitulmal dengan mengambil contoh-contoh dari dalam dan luar negara seterusnya dapat membuka minda para peserta.

Bengkel diteruskan sehingga ke sebelah malam dengan slot Agenda Pembangunan Ekonomi Bumiputera di mana pegawai daripada Yayasan Wakaf Malaysia telah dijemput untuk membentangkan perancangan ekonomi Bumiputera menerusi institusi dan pembangunan harta wakaf. Para peserta telah bertukar-tukar fikiran dan menyumbang idea untuk menjayakan pelaksanaan program tersebut.

Pada hari terakhir bengkel, para peserta telah membuat rumusan dan dapatan hasil bengkel seterusnya dibentangkan kepada YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR. Majlis penutup bengkel dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR dengan menyampaikan Sijil Penyertaan kepada wakil peserta bengkel. Bengkel tamat dan bersurai pada 30 Mei 2014, jam 12.00 tengahari.

Penutup

Perasmian Bengkel Pemerkasaan JAWHAR dan Pembangunan Ekonomi Bumiputera ini telah berjaya dilaksanakan dan hasil dapatan perbincangan dan sumbangan idea para peserta adalah amat bermakna bagi memperkukuh peranan dan fungsi JAWHAR.

Walau bagaimanapun, cadangan yang telah dikemukakan menerusi bengkel tersebut masih memerlukan ruang dan masa untuk para pegawai menyusun strategi pelaksanaannya. Adalah diharapkan bengkel sebegini akan dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang sebagai kesinambungan kepada perbincangan bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya untuk terus memperkasakan JAWHAR.

DSC_0279 DSC_0276DSC_0274

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.59 Subuh 6.09 Syuruk 07.20 Zohor 13.22 Asar 16.45 Maghrib 19.19 Isyak 20.33
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 Januari, 2021 @ 1:16 PM
Top