Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Booth JAWHAR di Mini Fest Changkat Jering 2009

Changkat Jering, 20 Mac 2009 : Program Gerakan Kesedaran Ekonomi dan Pendidikan Umat sedang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Perak Darul Ridzuan bermula pada 19 hingga 22 Mac 2009. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) dengan Kerjasama JAWHAR, JAKIM dan JKSM akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Penganjuran program tersebut adalah sempena aktiviti Bulan Dakwah Peringkat Kebangsaan yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong yang lalu. Sambutan pengunjung pada hari pertama program ini amat menggalakkan dengan lawatan daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Changkat Jering.

Penglibatan usahawan-usahawan kecil dan sederhana IKS dan agensi-agensi seperti MARA, Bank Kerjasama Rakyat dan Tabung Haji turut memeriahkan program ini.

Aktiviti yang dijalankan di booth JAWHAR seperti Pertandingan menulis khat, teka silang kata dan kuiz minda mendapat sambutan meriah dikalangan pengunjung setempat.

Selain aktiviti di Dewan Bunga juga, pihak penganjur dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah telah mengadakan program ceramah kesedaran kepada pemimpin akar umbi yang diadakan di masjid-masjid terpilih sekitar kawasan Changkat Jering dan Taiping.

Semoga dengan adanya program-program seumpama ini akan dapat memberi pendedahan yang baik kepada masyarakat.

Tarikh : 20/3/2009
Sumber : Skuad JAWHAR Changkat Jering
Editor :Webmaster

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top