Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT JAWHAR BERSAMA BANK NEGARA MALAYSIA BERHUBUNG PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

DSC_0270

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan mesyuarat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa, 1 Julai 2014 bersamaan 3 Ramadhan 1435H. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan dihadiri oleh pegawai-pegawai Kanan JAWHAR. Pihak BNM telah diwakili oleh Encik Abd Rahman bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Puan Fairuzana binti Mohd Pilus, Timbalan Pengarah Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan dan Dr. Sarah Azlina Che Rohim

.DSC_0250 DSC_0238

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai rangka kerja proses penilaian dan pematuhan Malaysia dalam mematuhi piawaian antarabangsa untuk memerangi penggubahan wang haram dalam membiayai keganasan yang mungkin disumbangkan dari aktiviti zakat dan sedekah. Mesyuarat ini juga bertujuan mendapatkan pandangan dan maklumat lanjut daripada pihak JAWHAR mengenai sistem pengurusan zakat di Malaysia bagi menunjukkan kepada pihak penilai bahawa sistem pengurusan zakat di Malaysia adalah sistematik dan teratur serta terlindung dari disalahgunakan untuk aktiviti keganasan. BNM juga memberikan taklimat kepada JAWHAR mengenai perkara-perkara berkaitan dengan penggubahan wang haram dan penyalahgunaannya dalam pembiayaan keganasan.

Hasil daripada kajian antarabangsa mendapati aktiviti keganasan di negara-negara lain mungkin dibiayai oleh dana yang disumbangkan dari aktiviti zakat dan sedekah. Ini mungkin disebabkan di negara-negara tersebut tidak mempunyai institusi pengurusan zakat yang sistematik seperti di Malaysia. Namun, sistem pengurusan zakat di Malaysia adalah berbeza dengan negara-negara lain di mana ia dilaksanakan secara sistematik oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ). Laporan Tahunan Pengurusan Zakat setiap MAIN terutamanya dari aspek kutipan dan agihan akan diaudit oleh Jabatan Akauntan Negara bagi memastikan pengurusan zakat setiap MAIN adalah teratur dan terlindung daripada digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negara seperti keganasan dan sebagainya.

DSC_0265

Semoga pertemuan di antara JAWHAR dan BNM ini akan dapat meningkatkan lagi hubungan kerjasama di antara kedua-dua pihak seterusnya meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan zakat di Malaysia bagi memastikan semua dana zakat disalurkan kepada golongan asnaf yang layak. Insya-Allah.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top