Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Teroka Strategi Memperkasakan Pengurusan Harta Wakaf – JAWHAR Jalin Kerjasama bersama Agensi Kerajaan dan Swasta

mesy-wakaf-24-26jun 07

Port Dickson – Menyedari hakikat wakaf sebagai salah satu sistem ekonomi alternatif dan mekanisme penting dalam struktur ekonomi Islam yang berasaskan kesaksamaan dan keadilan sejagat, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf bersama Agensi Kerajaan dan Swasta bertempat di Hotel Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24-26 Jun 2013 bersamaan 15-17 Sya’aban 1434H. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Haji Anan bin C.Mohd, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan dihadiri oleh pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), UDA, Institusi Perbankan, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Teraju, serta pegawai-pegawai dari JAWHAR.

Dalam usaha memelihara aset tanah wakaf yang mempunyai nilai kormesial yang amat tinggi, JAWHAR merasakan penglibatan dari agensi lain amat diperlukan demi menjaga kepentingan pewakaf serta memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap kepentingan berwakaf. Di samping itu, wakaf yang diuruskan secara professional dan sistematik berperanan mengagihkan kekayaan dan pada masa yang sama mampu mengurangkan liabiliti yang terpaksa ditanggung oleh sesebuah kerajaan melalui pentadbiran dan pengurusan yang cekap di samping menyokong kekuatan dan kestabilan ekonomi di kalangan masyarakat Islam.

Selain itu, hasil perbincangan tersebut telah berjaya menjalin hubungan kerjasama rasmi antara JAWHAR dan agensi kerajaan yang lain serta swasta khususnya dalam pengurusan dan pengendalian harta wakaf. Usaha rintis ini akan dijadikan sebagai penanda aras kepada jalinan kerjasama strategik secara lebih meluas, sistematik dan berkesan. Penglibatan agensi ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama antara JAWHAR untuk mencari strategi dan penyelesaian dalam usaha membangunkan harta wakaf umat Islam di negara ini.

 

Oleh : Bahagian Wakaf, JAWHAR

 

Klik sini untuk melihat lagi gambar

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top