Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Berita Munaqasyah Ilmu ke Semporna

Semporna, 06 Ogos 2019 – Dalam menggalas gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin, Menyebar Rahmah Menyantuni Ummah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan satu sesi Munaqasyah Ilmu bertempat di Masjid Hidayah, Kampung Balimbang di Pulau Bum-Bum. Program ini yang bertemakan “Penipuan Pengurusan Pakej Umrah dan Ziarah” diadakan di lokasi yang dipilih demi memastikan masyarakat Islam luar kota khususnya di kawasan kepulauan di daerah Semporna, Sabah ini tidak ketinggalan daripada mendapat maklumat berkenaan dengan penipuan yang berlaku dalam penjualan pakej umrah dan ziarah.

Kumpulan kakitangan dan pegawai JAWHAR diketuai oleh Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa (BPKA) En. Baitiyamin bin Mamat tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 5 Ogos 2019. Ketibaan rombongan JAWHAR disambut oleh wakil urusetia JAWHAR di Semporna, En. Mohammad Ahad bin Abdul Laja sebelum di bawa ke tempat penginapan. Perjalanan dari lapangan terbang ke lokasi penginapan yang menghidangkan pemandangan ladang kelapa sawit mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dengan jarak sekitar 120km.

Pada hari program, kumpulan JAWHAR dibawa oleh wakil urusetia menaiki bot ke lokasi yang ditetapkan. Perjalanan menaiki bot mengambil masa sekitar 30 minit dari Jeti Umum Semporna. Bagi sesetengah ahli kumpulan, ini adalah pengalaman baru dalam usaha menyebarkan pengetahuan kepada masyarakat luar bandar. Walaupun begitu, maklumat perlu disebarkan kepada masyarakat tanpa mengira lokasi khususnya di tempat luar bandar yang berada di luar lingkungan kemodenan. Keadaan lokasi menggambarkan betapa sangat perlunya program ini diadakan di sini. Hal ini kerana rata-rata penduduk tinggal di kawasan berkenaan bergantung kepada hasil laut.

Slot pertama dimulakan oleh En Ahmad Ariffin bin Joferi dengan tajuk “Penipuan Pakej Umrah : Rahmah Dalam Menanganinya”. Menyedari keadaan di lokasi, tajuk ini dirasakan sangat penting dan akan memberi manfaat kepada peserta. Risiko penipuan boleh berlaku dengan sangat mudah di kawasan kepulauan ini memandangkan capaian terhadap berita dan informasi terkini dalam hal ehwal berkaitan umrah sangat terhad. Sekiranya ada dari kalangan penduduk setempat yang ingin menunaikan umrah tetapi ditipu, ia akan membabitkan kos yang sangat tinggi dibanding dengan kadar pendapatan harian. Adalah diharapkan dengan perkongsian tajuk ini, masyarakat di Kepulauan Bum-Bum ini dapat mengambil manfaat demi kemaslahatan diri.

Slot berikutnya diteruskan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Meeftah bin Anuar yang menyampaikan tajuk “Persediaan Mental dan Fizikal Dalam Ibadah Haji dan Umrah”. Antara soalan yang menyebabkan kumpulan JAWHAR tersentak adalah apabila tiada seorang pun yang mengangkat tangan ketika diajukan dengan soalan “Siapakah yang pernah pergi menunaikan umrah atau haji”. Al-Fadhil Ustaz Meeftah mengambil peluang ini untuk menyemarakkan semangat dan keinginan dalam diri peserta yang hadir untuk sekurang-kurangnya pergi menunaikan umrah. Sepanjang masa ceramah disampaikan, peserta kelihatan sangat dahagakan ilmu dan pengetahuan agama. Al-Fadhil Ustaz Meeftah berjaya menarik perhatian peserta sehingga ada yang mengalirkan air mata. Di akhir slot beliau, Al-Fadhil Ustaz Meeftah telah mengajak seluruh hadirin menadah tangan dan berdoa kepada Allah agar semua yang hadir dijemput menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Sekali lagi, kelihatan hadirin sebak dengan doa yang dibacakan.

JAWHAR berasakan perlunya kehadiran di lain kali ke perkampungan ini demi menyampaikan ilmu khususnya berkaitan wakaf yang banyak membantu dalam pembanguan sosio ekonomi ummah. Semoga program Munaqasyah Ilmu kali ini meninggalkan ilmu yang berharga yang dapat diaplikasikan serta menjadi pemangkin semangat sekalian yang hadir untuk membangun diri dan menunaikan umrah dan haji. Di sinilah terserlah fungsi JAWHAR dalam membantu dan memacu ummah khususnya dalam hal berkaitan umrah dan sosio ekonomi.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 September, 2019 @ 12:36 PM
Top