BENGKEL TADBIR URUS TERBAIK HARTA DAN WANG TIDAK DITUNTUT MILIK ORANG ISLAM
Pada tanggal 11 hingga 13 Jun 2013 bersamaan 2 hingga 4 Syaaban 1434H, Bahagian Mal Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan Bengkel Tadbir Urus Terbaik Harta dan Wang Tidak Dituntut Milik Orang Islam bertempat di The Regency Hotel, Kuala Lumpur.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohd Bakri bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan JAWHAR mewakili Ketua Pengarah JAWHAR dan dihadiri oleh seramai 31 peserta yang terdiri daripada para pegawai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) serta para pegawai JAWHAR selaku Urus Setia.
Turut hadir dalam bengkel ini adalah pakar-pakar rujuk yang terdiri daripada YBhg. Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamood dari Universiti Malaya (UM), Ust. Mohd Nazri Chik dan En. Muhammad Zhahiruddin Mohd Zuhri dari Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Ust. Indera Shahril Mohd Shahid dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pn. Azmayanti Mohd Assa‘ad dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang isu pengurusan harta dan wang tidak dituntut di Malaysia serta cadangan penyalurannya ke Baitulmal selaras dengan hukum Syarak dan keputusan fatwa. Bengkel ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan serta mendapatkan pandangan dan cadangan daripada para pegawai MAIN berkaitan cadangan penyaluran WTD milik orang Islam ke Baitulmal demi kemaslahatan ummah.
Penulis : Bahagian Mal, JAWHAR
Sesi taklimat oleh Urus Setia
Perbincangan dalam kumpulan (Kumpulan 2)
Perbincangan dalam kumpulan (Kumpulan 1)
Majlis penutup bengkel oleh Tuan Hj. Hasan Hafizi bin Hanapi, Pengarah Bahagian Mal JAWHAR
Majlis perasmian bengkel oleh Tuan Hj. Mohd Bakri bin Ibrahim, Pengarah Penyelidikan dan Penyelarasan JAWHAR
Para peserta bengkel sedang memberi perhatian terhadap kertas yang dibentangkan
Pembentangan kertas pertama oleh Ust. Mohd Nazri Chik dari AIBIM
Pembentangan kertas kedua oleh Pn. Azmayanti Mohd Assa‘ad dari JANM
Pembentangan kertas ketiga oleh Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamood dari UM
Pembentangan kertas keempat oleh Ust. Indera Shahril Mohd Shahid dari MAIS