Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PERMURNIAAN MPK JAWHAR DAN DOKUMENTASI ISO 9001:2015

Terengganu, 20 Oktober 2017 – Bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur, Besut, Terengganu, telah diadakan Bengkel Permurniaan MPK JAWHAR dan Dokumentasi ISO 9001:2015. Bengkel yang dikendalikan olen Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa ini bertujuan untuk memperkemaskan lagi kandungan Manual Prosedur Kerja (MPK) bagi tujuan SPK dan ISO yang akan menjadi pemacu JAWHAR untuk bergerak lebih cemerlang pada masa yang akan datang.

Bengkel selama 3 hari 2 malam ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR. Di dalam ucapannya, beliau berharap agar sesi bengkel kali ini akan dapat menyusun dan memperkemas MPK yang akan menjadi rujukan kepada pegawai dan kakitangan JAWHAR dalam melaksanakan tugasan harian. Penyusunan yang mantap dapat membantu perjalanan kerja yang lancar sekaligus menjadi pendokong kemajuan JAWHAR. Bengkel ini dihadiri oleh 22 orang peserta yang mewakili setiap bahagian JAWHAR.

YBrs. Tuan Haji Zulkifli bin Hamzah selaku Perunding ISO bagi bengkel ini telah memberikan tunjuk ajar dan kritikan yang membina. Dua perkara ini sangat penting kepada semua peserta bengkel yang hadir demi memastikan MPK yang dihasilkan bukan sahaja dapat menjadi rujukan bagi tempoh jangka panjang bahkan kesan positif kepada seluruh warga JAWHAR.

Sesi bengkel dimulakan dengan semakan seimbas lalu penambahbaikan MPK hasil daripada bengkel yang diadakan di INTAN Kampus Wilayah Selatan yang lepas. Dalam sesi kedua, setiap wakil bahagian membentangkan fungsi, skop dan proses kerja bahagian masing-masing. Sepanjang sesi ini, pihak perunding turut membantu dengan memberikan idea-idea baru yang bersifat realistik dan tips agar setiap bahagian dapat menyusun proses kerja yang lebih kemas di samping kritikan membina untuk penambahbaikan.

Bengkel seperti ini yang banyak memberikan kefahaman dan penghayatan berkaitan MPK akan diadakan dari semasa ke semasa demi memantapkan urus tadbir dan pengurusan JAWHAR selain menjadikan perjalanan kerja yang lancar sesuai dengan Pelan Strategik JAWHAR.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.30 Subuh 05.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.20 Maghrib 18.58 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 17 November, 2017 @ 5:57 PM
Anda Pelawat ke: [wHitCounter]
Top