Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PENYELENGARAAN ICT

Putrajaya, 16 Ogos 2017 (Rabu) – Seksyen Teknologi Maklumat Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) buat julung kalinya telah menganjurkan satu Bengkel Penyelenggaraan Komputer bertempat di Bilik Seminar JAWHAR. Bengkel telah disertai oleh 15 peserta terdiri daripada kakitangan JAWHAR. Bengkel telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Jaafar Bin Ismail.

Fasilitator bagi bengkel ini adalah Encik Mohamad Basri Bin Razak dari  Seksyen Teknologi Maklumat dan dibantu oleh rakan-rakan yang lain dari Seksyen Teknologi Maklumat.  Peserta bengkel telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan telah dibekalkan dengan satu set komputer yang telah dibuka dan diceraikan bahagian-bahagian utamanya.

 

 

 

 

 

Tujuan bengkel adalah supaya setiap peserta dapat mempelajari dan melakukan sendiri aktiviti pemasangan semula komputer supaya menjadi set kompter yang lengkap semula dan dapat berfungsi dengan baik. Di akhir kursus, semua kumpulan didapati telah berjaya menyelesaikan tugasan mereka dengan jayanya dan bengkel disudahi dengan sesi penyampaian hadiah.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top