Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PENYELARASAN PROGRAM PROMOSI ZAKAT

bengkel-zakat1

Pada 1 Mac 2013 hingga 3 Mac 2013, Bahagian Zakat JAWHAR telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Program Promosi Zakat. Ianya dilaksanakan bagi tujuan perkongsian ilmu mengenai panduan promosi zakat yang berkesan bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan berzakat dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan. Mengadakan rancangan program dan aktiviti promosi zakat berkesan bersama dengan pihak MAIN dan AMZ. Juga menyelesaikan isu-isu penyelarasan reka bentuk dan designPapan Iklan Zakat yang disediakan oleh pihak KUUB media Advertising Sdn. Bhd.Promosi-promosi zakat melaui media massa juga diselaraskan untuk keseragaman bersama. Bengkel tersebut telah dijalankan di Cherengin Hills Convention Resort, Janda Baik, Pahang dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, iaitu YBhg. Datuk Haji Anan C. Mohd. Makmal tersebut telah dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada MAIN-MAIN, AMZ, Media JAKIM dan KUUB Media Advertising Sdn. Bhd. Bengkel tersebut telah diketuai oleh JAWHAR iaitu YBrs. Pengarah Zakat JAWHAR, Dr. Rosbi Binti Abd Rahman.

Pembentang kertas kerja seramai 4 orang yang terdiri dari JAWHAR, PPZ MAIWP, Media JAKIM, dan KUUB Media Advertising Sdn. Bhd. Bengkel tersebut telah berjaya mengenalpasti isu-isu dan cadangan-cadangan yang diperolehi dari semua peserta yang terlibat.

Selepas pembentangan, para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan utama untuk membincangkan dengan lebih terperinci berkenaan isu-isu berbangkit hasil dari pembentangan kertas kerja tersebut. Bengkel tersebut juga mendapat maklum balas positif daripada peserta-peserta kerana isu-isu dan cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat membantu Bahagian Zakat JAWHAR untuk meneruskan usaha promosi berkenaan.

Pada hari terakhir bengkel tersebut, rumusan isu-isu dan cadangan-cadangan telah dibuat secara keseluruhan bagi pihak JAWHAR meneruskan tujuan tersebut. Antara resolusi yang dicapai dalam bengkel tersebut adalah sebarang papan tanda yang ingin dipasang perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada MAIN-MAIN yang terlibat. Dicadangkan papan tanda untuk membawa tagline “ Dirikan Solat, Tunaikan Zakat”. Dari sudut promosi pula, pelbagai cadangan yang bernas dan menarik dicadangkan untuk dilaksanakan secara berperingkat dan bersama oleh pihak JAWHAR dan MAIN.

Pada hari terakhir bengkel, rumusan isu-isu dan cadangan-cadangan telah dibahaskan oleh Pengarah Zakat JAWHAR, YBrs. Dr. Rosbi Binti Abd Rahman. Seterusnya majlis diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian sijil kehadiran kepada para peserta yang hadir.

bengkel-zakat2

bengkel-zakat3

bengkel-zakat4

bengkel-zakat5

bengkel-zakat6

bengkel-zakat7

bengkel-zakat8

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.59 Subuh 6.09 Syuruk 07.20 Zohor 13.22 Asar 16.45 Maghrib 19.19 Isyak 20.33
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 Januari, 2021 @ 1:16 PM
Top