Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PENYELARASAN KADAR ZAKAT FITRAH 2019

Putrajaya, 24 Oktober 2018 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Kadar Zakat Fitrah 2019 yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 23 hingga 24 Oktober 2018 bertempat di Bilik Seminar, Aras 8, JAWHAR. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil dari Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia serta para pegawai dan kakitangan Bahagian Baitulmal JAWHAR selaku urus setia.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi penyediaan kertas cadangan penyelarasan penentuan kadar zakat fitrah seluruh Malaysia bagi tahun 2019 serta cadangan alternatif tiga (3) kadar untuk negeri-negeri di Malaysia berdasarkan kepada harga semasa beras yang ditentukan oleh pihak berkuasa.

Bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan aluan dan sesi taklimat oleh pihak urus setia dan diikuti dengan sesi perkongsian berhubung pelaksanaan tiga (3) kadar yang telah dilaksanakan pada tahun 2018 oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Seterusnya, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi tujuan perbincangan dan pembentangan draf input kertas cadangan berkenaan mengikut skop yang telah ditetapkan.

 

Pada penghujung bengkel, satu draf kertas cadangan telah berjaya disediakan untuk diharmonikan semula oleh semua ahli bengkel sebelum ia dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak MAIN dan AMZ dalam usaha memartabatkan syiar Islam di Malaysia melalui ibadah zakat, insya-Allah.

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.33 Subuh 05.43 Syuruk 07.02 Zohor 13.04 Asar 16.27 Maghrib 19.02 Isyak 20.16
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 10 Disember, 2019 @ 1:43 PM
Top